Wednesday, October 19, 2011

~ Hormati & sayang ~

Hari ini sekut cuma nak berkongsi rasa..cuma nak meluahkan kata..Kenapa perlu kita turutkan perasaan kita semata ?? Kenapa kita tidak pernah menyelami apa yang dirasai oleh orang lain ?? adakah kerana sudah cukup-cukup bahagia sehinggakan mahukan orang lain merasai apa itu derita ?? sekut ingin mengingatkan diri sendiri dan mahu saling berkongsi bersama-sama sahabat..Adakah kita suka melihat orang dimalukan,diperlakukan ibarat dia tidak punyai maruah di depan ramai ?? hanya kerana menurutkan kata hati kita ?? ketahuilah..seandainya dia memang ada berbuat salah..membuat kesilapan..namun siapa kita untuk mengadilinya ?? siapa kita untuk menghakimi dan meletakkan hukuman buatnya ?? adakah kita sudah cukup sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan ?? selagi namanya manusia..slagi itu kita tetap mempunyai khilaf...kita sendiri kena bermuhasabah dan jangan memandang orang lain dengan pandangan yang cukup sinis..kerna kita tidak tahu bila masanya kita akan berada dibawah kerna kehidupan inilah adalah roda yang akan sentiasa berputar..jika siang ada malamnya,jika panas ada hujannya..selagi itulah kehidupan kita tidak akan berada di tempat yang sama..mungkin kali ini kita memperlakukan orang sedemikian..mungkin akan ada tikanya,kita akan turut merasai penderitaannya..mungkin tidak kita,tapi tidak semestinya adik atau sapa2 yang terdekat ngn kita terlepas dengan semua itu..hormatilah dan sayangilah orang lain dengan tidak sekali-kali memperlekehkan orang lain..mengeluarkan kata-kata dusta dan penghinaan kepada orang lain..mungkin hari ini kamu terasa amat bahagia dikelilingi orang yang sayangkan kamu..tapi kamu xkan pernah tahu bila tikanya ALLAH akan menarik segala kasih sayang itu..jadi sentiasa menyebarkan haruman kasih sayang kepada orang lain dan bukannya melemparkan sisa derita kepada orang lain walaupun kamu benar-benar tidak menyukai orang tersebut..semoga menjadi renungan bersama..(^_^)

No comments:

Post a Comment