Monday, April 25, 2011

'Jangan Bilang Benci'

Dari sebuah buku yg ku baca...yg ditulis mengatakan,perempuan ada 3 kategori..
1- Jinak seperti kucing = cukup melemaskan,walaupun biar berkali dikatakan tidak suka,namun masih tetap datang untuk bermanja
2- Jinak seperti burung merpati = untuk mengenali luarannya memang mudah,namun bila cuba di dekati,dia cuba melarikan diri
3- Jinak seperti kijang = hanya boleh pandang,tapi peluang untuk cuba berada di hatinya cukup tipis kecuali memg ditakdirkan untuknya..susah dimiliki dan kesedaran bersama hanya ada pada perempuan itu sendiri..
Manakah kategori yg menjadi pilihan hati ??
Aku kategori mana ek ?? (^_^)
teringat pda kata2 seorang lelaki yg pernah diucapkan kepadaku ' harapkan muka cantik,belajar pandai,tapi xguna akal,xde perasaan,hati batu,ego yg amat '
begitu teruk penghinaan..hnya kerana diri ini tidak menerima dirinya,tidak menerima perkenalan yg dihulurkannya..tidak mencuba untuk memberi cinta ini kepadanya..
katakan apa yg kamu mahukan..kerna diri ini tidak akan lelah dgn sgala hinaan tersebut..kerana aku tidak memerlukan pujian jika diri ini trpksa mgikut sgla telunjukmu..aku mahu menjadi diri yg msih kekal dgn sgla pendirian ini..tidak kisah dikatakn perempuan ego,kerana masih keseorangan hingga kini..kerna aku gembira dgn cara hidup & pendirian ini..bukan aku tidak mahu menerima sbrg cinta..aku yakin jika ada cinta yg ditakdirkan utk diriku,maka kesedaran & penerimaan itu akn hdir sndiri & peluang utk bersama akn termaktub di penghujungnya..
P/S : wanita yg baik diciptakan utk lelaki yg baik..jdi sekut akn berusaha utk mnjdi wnita yg baik slgi termampu (^_^)

Monday, April 18, 2011

~ Sabar ~


Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28. Itulah petikan yg amat bermakna bagi sekut..

satu artikel dari http://www.iluvislam.com yang cukup2 memberi inspirasi dikala diri ini mulai goyah.
DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

~Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
~Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
~Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
~Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
~HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
~Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). ~Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
P/S : Bertahan & bersabar selagi yg termampu..teruskan bertahan sekut(^_^)

Thursday, April 14, 2011

~ InsyALLAH ~

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana ALLAH Bersamamu,

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya

Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana ALLAH Bersamamu,

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya

Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..

Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya (^_^)

P/S : bila berfikir sedalam2nya..sekut mengakui sekut mempunyai salah sendiri kerana menyalahkan org len diatas kegusaran hati ini..sekut menyedari satu hakikat,pe yg trjadi adalah caturan hidup yg ALLAH dah tetapkan jdi sekut xboleh menyalahkan sape2 sbb smua org ada kelemahan..sekut harus menerima kekurangan org lain sepertimana org lain menerima kekurangan sekut..maafkan sekut kerana telah melukai hati semua..sekut akn cuba berubah ke arah yg terbaik..yg tidak akan melukai hati org lain...

Wednesday, April 13, 2011

'rapuh'

Betapa rapuhnya sekut meniti hidup..
betapa lemahnya melawan perasaan..
betapa goyahnya menghadapi dugaan..
kenapa ini jadinya ?? ke mana hilangnya semangat yg kuat selama ini..
semangat yg disalurkn ketika org trdekat lemah..
knapa bila diri ini lemah,smgat itu juga kian rapuh ??
keseorangan ?? itulah yg dirasakan buat masa ini..berjalan ditengah2 jalan yg gelap tanpa ditemani..tiada yg sggup menghulurkan tgan utk memimpin ke depan..
tiada yg sggup memberikan cahaya supaya dapat meneruskan perjalanan..
kenapa ?? mgkin betul,bila kita letakkan pengharapan kpda manusia,kita yg akan kecewa..bukannya sekut perlukan seseorang yg mampu menyelesaiakn masalah & kegusaran ini..cukuplah seorang yang akan ada disebelah utk mengusap belakang disaat diri ini lemah..memberikan semangat & sokongan ketika semangat ini luntur..memberikan bahu utk diri ini menangis..jahat sgt ke sekut ?? terasa betapa hinanya apabila kita menahan kesedihan keseorangan..pernah korg rasa ?? bila lemah,org xhiraukan,xbrtnya khabar walau secebis pon..perit,itu yg dirasakan..sedangkan bila org len lemah,sedih..kita cuba menggembirakan & memberi seluruh perhatian & semangat itu kpada org tersebut..tapi bila sekut....salahkah sekut bila itu yg sekut mahukan ?? tamak ke sekut bila itu yg menjadi permintaan hati ini ?? tiada org yg mahu keseorangan,ditinggalkan & dibiarkan terkontang kanting di saat diri memang memerlukan sokongan..biarlah,sbb tidak semestinya apabila kita byk mmberi & menghulurkan,kita akan perolehi hal yg sama dri org yg kita beri..
mungkin sekut xberhak mendapat semua itu..
betapa murahnya air mata ini..berlinangan dipipi..
YA ALLAH,akulah hambamu yg lemah,yg hina..berikanlah aku kesabaran & ketabahan dalam menempuhi hidup ini..sesungguhnya yg terbaik itu adalah caturanMU dan pengharapan itu hanya padaMU..
P/S : Setiap kegusaran pasti ada ketenangannya,setiap dugaan itu akan ada jalan penyelesaian dan setiap yg terjadi,ada hikmahnya..jadi sabar itu yg pasti (^_^)

Sunday, April 10, 2011

'Tempias'

knapa hari sekut jdi mcm ni ??
mungkin krna telalu byk yg hrus difikirkan..mungkin trlalu byk yg membebani shggakan diri ini penat,teramat2 penat..
akhirnya tempiasnya trkena pda org yg trdekat ngn sekut..
maafkan sekut sbb bukan niat hati ini utk lukai hati kalian..
maafkan sekut bila diri ini trlalu mementingkan diri shggakn xmgawal emosi ini sebaik mgkn & mghalangnya dari menempiaskan org lain..
maafkan sekut di ats ketidaksempurnaan ini..
maafkan sekut di ats sglanya,namun ketahuilah bukan niat hati ini ingin melukai hati kalian sbb kalian sndri tahu btapa sekut ini menyayangi dri kalian..
maafkan diri ini jika msih ada ruang kemaafan..
maafkn jika msih ada peluang utk menyayangi..
maafkn jika hati yg trcalar itu bisa menerima kata maaf ini..
mgkin kata maaf ini xmmpu utk menebus sgalanya,menyembuhkan luka trsebut..
namun inilah ketidaksempurnaan diriku...
smga kalian msih boleh brsabar dgnku..
maafkan ku..
P/S : YA ALLAH,berikan sekut ketabahan & kesabaran yg tinggi utk menempuhi sgalanya..ssungguhnya diri ini mulai rapuh meniti ujian ini (*_*)

Friday, April 8, 2011

~ tersentuh ~

Seminggu lagi nak hbis prktikum..tp mata ini sudah brgenang,hati keras ini sudah tersentuh bila anak2 mulai bertnya brmcam2 soalan..
~ cikgu,minggu dpn kita main kt pdg lagi ek ??
~ cikgu,bila tauge yg kita tnam ni besaq,kita akn tnam lagi kan ??
~ bila kita nk msak mcm ary 2 ?? ala,tem kt wat sandwich 2..
~ bila ckgu nk crita lagi..kami nk dgar..
~ suka bila ckgu usap kpala sma mcm mak sy slalu buat..brmcm2 lagi yg d tnya
anak2,seandainya kamu tahu yg minggu dpn adalah saat2 terakhir cikgu brsama kamu & lepas ni,ckgu xkan ada lagi utk buat smua tu utk kamu..
mgkin lps ni,sekut akn merindui saat2 brsama anak2..
betapa tegasnya sekut bila anak2 tdak mndgar kata..
betapa risaunya sekut bila anak2 sakit & xdtg skolah..
btapa seronoknya sekut melayan cerita2 yg hari2 anak2 nk kgsikan brsma..
betapa lebarnya snyuman sekut bila anak2 plbgai ragam & mncuit hati..
betapa terharunya sekut bila anak2 dtg memeluk & mengadu mslh
betapa kasihnya sekut bila melihat2 mata2 & muka yg comel anak2
walaupun ckgu xkn ada lagi utk kamu lps ni..namun ckgu xkn prnah lupakan anak2 sbb anak2 dh ditempatkan di ruang istimewa dlm hati ini..
P/S : terima kasih ya ALLAH kerana menghadiahkanku rasa kasih & sayang utk anak2..kerana aku bhgia akn kehadiran rsa ksih ini (^_^)

Thursday, April 7, 2011

Monday, April 4, 2011

~ Rama-rama vs Wanita ~


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

- Artikel iluvislam.com

~ HatiKu ~

Ku punya dunia...
Dunia ku begini...
Ku punya mata...
Ku punya telinga...

Jangan anggap ku batu...
Tak punya perasaan...
Melihatmu dengannya...
Aku panas...

Ku punya dunia...
Dunia ku begini...
Ku punya hati...
Punya perasaan...

Cuba fahami batinku...
Cuba menilai anak mataku...
Melihatmu dengannya...
Aku cemburu...

Cinta mengapa harus rumit...
Biar begini ku menanti...
Siapa dia biar hatiku yang tahu...
Ku pasti setia tapi menanti...

Cinta bisakah jadi mudah...
Kau berkelana dan aku harus diam...
Biar saja kita jalani hidup masing-masing...
Jodoh di tangan Tuhan...
Biar saja...

Sunday, April 3, 2011

~ Appear ~



What make you appear in my eyes
What always keep you appear
If I lie down and closed my eyes
Why is your face reminded

Not seem a big deal then
to calm down my heart
you´re not the passing filing
that much is clear..its love
Must be love

I’ve never felt that
By the end of the day I never regret
You know what something is weird
i must have an empty life
the gap is filled weird
know what life is all live

what have you done to this heart is still left
like the easy thing i´v seen in this world
I also got his cluttered

Although i don´t know much
It is hard to believe this heart
Just before you leave
I don´t know why i´m felling so strange

you came to me because of this…

~kenangan~

Semalam slps diserang migrain..
tiba2 teringat kt "......."
sekut jdi sedih..sebab dh lama sgt2 menahan sglanya sendirian..
mgkin dimata org,sekut happy & keras hati...
tp mgkin diorg xtahu..
hati keras ini prnah disapa..
hati keras ini dahulunya lembut..
hati keras ini dahulunya seperti hati yg lain..
tapi hati ini mnjadi keras bila lembutnya dipijak2 & diinjak2..
kerana "......." tidak pernah cuba menilai hati lembut sehinggakan ianya terluka yg amat dalam..hinggakan hati lembut ini menjadi sekeras kerikil..
tapi bukan kesalahannya sebab yg terjadi itu memang caturan hidup..
sekut merelakannya & berharap dgn melihat kebahagiaannya,sekut jua akan bhagia..
P/S : segala yg terjadi sememangnya ditakdirkan..jadi redhakanlah kerana segala pengharapan itu hanya pada ALLAH S.W.T..