Tuesday, February 26, 2013

Cantik di PandanganNYA

Bila berbicara perihal cantik..mmg smua nak cantik..Tambah-tambah golongan wanita,memang nak sangat2 part cantik tu sbb biasanya yg cantik akan sentiasa dipandang..Lelaki pom sukakan yg cantik..tambah-tambah klu nak memilih sbgai teman yg ehem..ehem..hihi. Sekut pom manusia biasa,dan diakui bhawa rasa ingin cantik tetap ada dlm diri. Yelah kalu tidak,xda laa tem skolah menengah dulu..bila brkawad KRS,hbis muka ni hitam & berbalam-balam..mula risau dan sanggup digelar mak nenek oleh kawan-kawan sbb tem nak tidur je,jenuh duk tempek bedak sejuk penuh muka..Zaman remaja laa katakan,ada je jerawat sebijik kt muka terus je kecoh nak abah temankan utk beli ubt jerawat..Sekarang dalam usia meningkat,obses tersebut mulai menurun kerana baru diri belajar istilah cantik yang sebenar-benarnya. Tidak salah untuk sentiasa cantik kerana ALLAH sukakan hal yg cantik namun harus diingatkan diri agar tidak obses dalam mengejar cantik..Cantik dipandanganNYA tidak sama dengan cantik yang dipandang manusia. Seperti cerita berkenaan dgn muazzin kesayangan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Bilal Bin Rabah..seorang bekas hamba abdi yang merupakan sahabat Rasulullah. Dia seorang yang berkulit hitam namun betapa cantiknya dia di pandangan ALLAH sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.SubhanALLAH,cantiknya Bilal di pandangan ALLAH sehinggakan disayangi dgn limpahan kasih sayangNYA.Cantik itu subjektif & teramat luas pengertiannya..Kerana cantik di pandangan mata setiap orang adalah berbeza,ada yg sukakan yg kulit putih,halus mulus..ada yg memandang yg hitam manis itu penuh dgn istilah cantik..Ada yang melihat kebaikan dan kecantikan melalui tingkahlaku dan paling menakjubkan adalah orang yang menilai kecantikan itu melalui keindahan dan kemuliaan hati..Seperti yang selalu diperkatakan,tiada guna jika punyai cantik luaran tapi dalaman tidak sebagus luaran yang telah dipamerkan.. Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan, seperti cantik, kaya dan sebagainya.Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita.Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan.Berakhlak dengan apa yang ALLAH SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu..InsyaALLAH,barakahNYA akan sentiasa bersama & memelihara kita dri hal-hal kemungkaran.. Nak jadi muslimah itu susah,nak jadi mukminah juga susah.Nak jadi mujahidah lagilah susah..Nak terus istiqamah super-susah..Namun biar susah,biar rebah..Jangan endah jangan kisah..Teruslah tabah dan jangan goyah..Berdirilah dengan gagah..Demi ALLAH,demi Solehah kerana pengakhirannya sudah pasti indah IAITU menang atau kamu itu bidadari JANNAH..ALLAH S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia..Betapa sayangnya ALLAH S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T pada kita..SubhanaALLAH !!! Alhamdulillah !! ALLAHUAKBAR !!! ~ (^_^)

Monday, February 25, 2013

Segenggam Tabah (^_^)

Antara lagu yang menjadi sumber inspirasi di kala diri kadang kala goyah dgn dugaan dunia yg xseberapa melanda diri..Lagu nyanyian in-team ini mempunyai bait-bait indah yg mampu memberi kata perangsang sejak diri di sekolah menengah lagi..
Telah tertulis suratan nasibmu... Derita buatmu ada hikmahnya... Terlukis senyum di bibir lesu.... Tak siapa tahu hatimu... Biarpun keruh air di hulu.... Mungkinkah jernih di muara... Biarpun jenuh hidup dipalu... Pasti bertemu tenangnya
. P/S : Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati…ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa…ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…Sentiasa merintih meminta & meletakkan pgharapan pd ALLAH,DIA xkn sesekali mengecewakan kita,insyaALLAH. Oleh itu Usah dipinta HIDUP yang MUDAH, tapi pintalah HATI yang TABAH menghadapinya.Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak ALLAH takdirkan tanpa tujuan. Carilah apa tujuan itu...InsyaALLAH, hidup kita akan sentiasa bertujuan. Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita.Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan. ALLAH mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.Tujuannya adalah untuk kita menjadi lebih baik sebagai hamba ALLAH dan Khalifah. ALLAH Maha Menyayangi,DIA menyayangi kita dgn ksh sygNYA..cuma kita yg kdg kala tidak setia & mengabaikan cinta pertama kita..Kembalikan hak cinta tersebut pada pemberi segala yg kita punya & pemilik yg sebenar hati kita.Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. InsyaALLAH,Rabbi yassir wa la tu’assir, Rabbi tammim bil khayr, Amin..Ya Rabbal Alamin ~ (^_^)