Monday, October 25, 2010

" JoDoh IbArAt JaMbAtAn "

Jodoh sesuatu yang telah termaktub secara azali sebelum kita lahir lagi..Jodoh pertemuan,rezeki,ajal maut semuanya telah tertulis pada lembaran daun di Luh Mahfuz dan semuanya berada dalam ketentuan ALLAH..Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya,jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.Sekut hanya manusia biasa yang masih punyai khilaf yang kadang kala tertanya-tanya..kenapa aku masih sendirian?? melihat teman-teman mempunyai kekasih..tiap masa saling berhubung..tapi aku?? phone yg ada hanya digunakan utk menelefon abah & ma..bertanyakan khabar adik beradik dan sahabat..bila memperolehi kejayaan..teman-teman berkongsi dengan kekasih..tapi aku,khabar baik itu ku khabarkan kepada abah,ma,adik beradik..kadang kala tertanya,kenapa aku bersendirian?? Namun segala persoalan ini ditepis perlahan-lahan..kerana siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan?? bila mempersoalkan segala takdir,kita tidak bersyukur..kerana setiap yang berlaku,ada hikmahnya..mungkin kalu sekut ada kekasih..kasih dan sayang ini akan terbahagi..terbahagi antara cinta kepada ALLAH,cinta kepada keluarga,cinta terhadap kekasih..Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Sedangkan cinta yg agung bagi wanita adalah cinta terhadap suaminya yang akan menjadi naungan syurga buat si isteri.." Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita tidak baik untuk lelaki yang tidak baik. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.. " itu kata abah kepadaku..Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga ALLAH Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan ALLAH yang menumbuhkan cinta dalam hatinya...Kenapa tidak berdoa sahaja kepada ALLAH agar mengurniakan rasa cinta tersebut ???
P/S : Untuk memperolehi segala yg baik..sekut akan sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan...kerana pengharapan itu hanya kepada ALLAH ♥♥♥

Saturday, October 23, 2010

" KaWaN @ SaHaBaT "

Ary ni sekut berseorangan..merasakan diri ini tidak punyai teman mahupun kawan..sedih menyelubungi diri..salahkah kalau diri ini terluka dan hiba dengan statement seorang teman..pada diri sekut,dia adalah teman yg berharga..namun tidak pasti pada pndgan matanya sendiri..kerana semakin lama masa berlalu,semakin rendah nilainya sekut sebagai teman dimatanya..bukan ingin membuat konklusi tanpa penilaian..namun selalu sangat keluar pernyataan dari mulutnya..." nak kuar sebab bosan " bersalahkah sekut kerana terluka?? bosan?? bosan mempunyai teman @ kawan seperti sekut?? bosan bila bersamaku?? kenapa itu yg dia rasakan?? mungkin itu hanya pernyataan namun perasaanku?? mungkin perasaanku tidak bernilai...sekut tidak pernah berasa bosan bila bersamanya...sesungguhnya kata itu 1 doa,bila selalu sangat diucap berulang- ulang,mungkin ia menjadi doa..dimana akan berasa bosan setiap kali dia bersamaku,dia akan merasa bosan mempunyai teman sepertiku..kalu sudah merasa bosan,kenapa masih bertahan??bertahan kerana kesian?? bertahan kerana berada dalam keadaan keterpaksaan??tidak perlu merasa terpaksa atau kesian seandainya hatimu memang tiada kesudian..seandainya merasakan diriku ini tidak layak menjadi teman mahupun kawan..pergilah dikau mencari kebahagiaan..aku tidak akan menghalang..mungkin dia mempunyai teman yg lebih baik dari sekut,merasakan tanpa sekut pun dia mampu bertahan..mungkin sekut saja yg muka tidak malu..menagih syg pada yg xsudi menghulurkan..mungkin sekut terlalu sensitif..maafkanku sahabat seandainya diri ini masih banyak kekurangannya..sejujurnya,sekut teramat menyayangi dia kerana dia adalah sahabat yg baik utk sekut tapi kita xleh memaksa org utk mengharapkan hal yg sama,sekut sntiasa berdoa..seandainya dia adalah sahabat yg diutuskan utk bersama sekut,maka peliharalah ukhuwah ini agar sentiasa bertahan dan berkekalan..benar kata pepatah..kawan senang dicari,namun sahabat susah ditemui..namun apa nilai sekut di matanya ???
p/s : doakan sekut agar menjadi org yg baik kerana diri ini masih belum menjadi yg terbaik sehinggakan belum mampu menjadi sahabat yg baik :+(

Friday, October 22, 2010

" SaBaR "


Ary ni sekut baru pulang dari camping unit beruniform..strt 19-22 oct di kem timah tasoh dan camping ni sempoi ckit n mental pon xterdera sgt..he3,sbb sblum ni kalu p camping lagi lasak...bdn terasa sedikit sengal2..
roomate dh pon lena dibuai mimpi..malam ni sekut bnyak membaca artikel islam..
seronok membaca artikel sedemikian sbb trnyata diri ini masih byk kurangnya..ilmu perlu ditingkatkn lagi..sekut mnusia biasa yg penuh cacat celanya,byk kurangnya..hinggakn diri ini kdg kala apabila terlalu marahkn sseorng yang mengguris hati dan perasaan ini shingga hampir bertunas tunjang kebencian kpada org tersebut..Namun cepat2 diri ini cuba untuk menepis,sbb bila kita bencikn org..tentu org pon bencikan kita..sesungguhnya perit untuk menelan dan menahan kebencian mnusia...bila terasa tunjang kebencian mulai bertunas..cepat2lah beristighfar..sifat sabar itu tinggi nilainya kerana sabar itu separuh daripada iman,semoga kita semua berjaya memperolehi kesabaran..oleh itu,sekut ingin kongsikan doa untuk beroleh kesabaran..sama2lah kita amalkan,INSYALLAH :+)

Saturday, October 16, 2010

" AkU CiNtA AbAH & Ma "

Ary ni sekut sgt2 beremosi..sekut tau adik-beradik yg len trut mrasakan emosi yg sama sehinggakan achik ngis,along ngis..sekut pon sama..emosi ini xdpt ditahan @ dikawal..kesudahannya air mata bercucuran di pp tnpa hentinya...sekut amat cintakn abah & ma..sehinggakan ruang dihati ini tidak ada ruang utk diisi oleh org len..sekut xkisah..sbb sekut amat2 sygkn ma & abah,adik-beradik..biarlah apa org nk kata..sekut anak manja ?? sekut anak yg kolot ?? sekut xkisah..memg aku ank mnja sbb dri dlu smpai skrg aku hnya brmnja dgn ma dan abah n aku xprnah ckp syg pda org len..aku kolot ?? memang aku kolot sbb dri dlu stiap pesan abah dan ma,aku xprnah lupa..aku xmnja ngn pkwe mcm org lain sggup syg org len n kdg kala lupakn ibu bapa sbb aku xprnah ade pkwe dan ..aku kolot sbb tiap pesan abah,aku ingt..jgn kuar ngn lelaki bukn muhrim,jga prgaulan..jga maruah..aku xmnyesal walau sbsar zarah pon..aku bangga jdi anak manja abah & ma..dulu org slalu kata,ank pompuan msa kecik memang akan rpat ngn ayh,tapi bila dh besar..xkn rapat ag..aku dh buktikan kata2 tu salah..sbb skrg,aku msih mcm dlu..msih ank mnja abah..yg sntsa minta d pujuk,sntiasa minta dipeluk dan dicium..
aku xnk kehilangan semua ni..aku nk keadaan dlu,skrg dan akan dtg..tetap sama..sekut cuma minta stiap kali dlm doa agar ALLAH panjangkan umur abah,ma,adik bradik n keluarga..lindungi mereka dari apa jua keadaan..murahkan rezeki..dan sekut akan kekal jadi anak yang manja abah dan ma untuk selama2nya..aku cinta & syg abah dan ma sgt2..kita 7 bersaudara sama2 doa ek :+)

Tuesday, October 12, 2010

" CINTA SEORANG AYAH "

Beratnya untuk melepaskan dia pergi. Selama ini, tangan ini yang membelainya. Selama ini, hati ini yang selalu bimbangkannya.Sejak suara tangisnya yang pertama, sejak ku laungkan azan di telinganya, aku begitu mengasihinya. Ya, dia adalah permata hatiku. Namun, dia bukan selamanya milikku....
Rumah ini, cuma persinggahan dalam perjalanannya menuju kedewasaan. Dan kini sudah hampir masanya kau pamit. Walaupun di hatiku tercalar sedikit rasa pahit, tapi siapalah aku yang boleh menahan perjalanan waktu? Siapakah aku untuk menahan realiti kedewasaan? Maafkan aku wahai anak....
Bukan aku tidak tega, tetapi kerana terlalu cinta!
Hatiku tertanya-tanya, apakah ada insan lain yang boleh menjaganya sepenuh hati. Sejak bertatih, aku melihat jatuh bangunnya tanpa rasa letih. Siapakah yang membalut luka hatinya dalam kembara itu nanti?
Aku jauh......bila segalanya bertukar tangan, amanah akan diserahkan. Aku tahu saat itu aku mesti mula melepaskan. Itu satu hakikat.
Cinta bukan bereti mengikat... tetapi melepaskan, membebaskan.
Kau umpama anak burung yang telah bersayap, telah mampu terbang membelah awan, meninggalkan sarang. Apakah aku terlalu dungu untuk terus membelenggu?
Puteriku... kau terpaksa ku lepaskan.... Apakah si dia mampu menyayanginya seperti aku? Ah, mengapa rasa curiga ini datang bertandang. Bukankah segalanya telah di putuskan sejak dia membisikkan bahawa hatinya telah diserahkan kepada 'si dia'- lelaki pilihannya? Bukankah segala perbincangan musim lalu telah terungkai dan keputusannya telah dimeterai?
Namun... hati ayah.... Hati abah... pasti ada gundah. Sudah pasrah, tapi diguris goyah. Bolak-balik hati ini wahai anak...terlalu laju untuk dipaku.
Tepatkah plihanmu? Tepatkah keputusanku? Namun siapakah kita yang boleh membaca masa depan? Layakkah kita mengukur kesudahan di batas permulaan?
Sangka baik jadi penawar. Kau anak yang baik, insyaAllah pilihanmu juga baik. Tuhan tidak akan mengecewakanmu. Jodohmu telah ditentukan. Dan ketentuan Allah itu pasti ada kebaikan! Kekadang, aku diserbu seribu pertanyaan. Apakah aku masih di hatinya setelah dia bersuami nanti? Atau aku hanya akan menjadi tugu kenangan yang dijengah sekali-sekala?
Bukan, bukan aku membangkit, jauh sekali mengungkit...upayaku mendidikmu bukan suatu jasa. Itu hanya satu amanah.Namun, ketika usia menjangkau senja, aku pasti semakin sepi......aku akan mengulang-ulang kisah lama yang penuh nostalgia. Diulit oleh kenangan indah musim lalu, ketika dia begitu manja di sisi. Aku ingin mendengar lagi suaranya yang dulu-dulu. Mengadu tentang ini dan itu. Bercerita dan berkisah, dengan lidahmu yang petah dan lagak yang penuh keletah.
Pergilah. Aku rela. Allah bersamamu.Doaku mengiringi setiap langkah di alam rumah tanggamu nanti. Moga si dia akan menjaganya seperti aku menjaga ibunya, umminya.
Aku akan bersangka baik. Justeru Allah itu menurut sangkaan hamba-hamba-Nya. Aku bersangka baik, insyaAllah, dia dan aku akan mendapat yang terbaik.

P/S : artikel ini telah sekut perolehi dari website iluvislam..membaca artikel ini..mata ini bergenang..abah juga mgkin berperasaan yg sama kerna abah juga seorang ayah..dan cinta abah sebagai seorang ayah memang xleh disangkal dan diungkapkan dgn kata2 kerna abah terlalu menyayangi anak2nya..sekut ingat lagi,memang tabiat abah membeli anak2 buku & bila buku i2 khusus utk wanita..msti didalamnya trcatat satu tinta.. "Khas utk permaisuri hatiku serta 4 puteriku..semoga sntiasa menjadi wanita solehah yang akan menjadi bidadari syurga " Sekut masih tidak mahu mencari mana-mana lelaki kerana dihati ini hanya abah adalah lelaki yg terbaik utk sekut..kerna abah selalu berkata tidak usah risau dgn jodoh..kerna wanita yg baik diciptakan utk lelaki yg baik..seperti ma diciptakan utk abah..maka sekut juga dicipta utk seseorg..biarlah takdir yg menentukan..semoga diri ini menemui lelaki yg mampu menjadi imam utk solatku,membimbingku dikala diri ini mulai goyah dan akan melindungiku sebagai seorang isteri..sama seperti abah utk ma..itulah doaku setiap masa.. :+)

Saturday, October 9, 2010

" MeNgEnALi 1 NiKmAT "


Salam,rsnya trlalu lama sekut tidak mencoret kerna masa xmengizinkan,hu3..
keja yang trlalu bnyak,amali microteaching ag..pendek kata mmg busy laa..
1 mlm,sekut tepon abah..Alhamdulillah,akhirnya abah sembuh dri demamnya..
mmmg mrisaukan sbb abah ni mmg jnis sush nk demam..
tem tgh ckp,tba2 mulut sekut ni tnpa insuran brbyar ni mengeluarkn kata-kata..
" tension aq,keja bnyak..duit pon byk nk pkai..gano lah nk idup ngn duit hok da sikit nie..hu,tenson ngat ah.. " lalu abah terdiam dan mulai berkata ngn nada yg perlahan..
" xbaik angah oyak gitu..rzeki bukan ado di tgn kita..semua ALLAH dh tetapkan dh utk kita..jdi jgn sesekali pon mengeluh..ore yg suka mengeluh ni ore yg xtau hrgai nikmat & xtau bersyukur..angah nk jadi gitu ?? sekalipun kita xdop duit..bykkn doa smga ALLAH murahkn rzeki n bg kita rzeki yg halal..i2 yg abah mintak tiap2 hari..gaji abah bukan berjuta2 ringgit tp pernah dop abah abaikan anak2 abah..pernah dop anak2 abah xcukup mkn ?? i2 namanya rzeki..bnda yg xleh dihitung ngn pndgn mata tp kita mrasainya dlm plbagai bentuk..yakinlah dgn rezeki dri ALLAH..
slsai saja abah berkata gitu..sekut terdiam & perbualan mlm 2 diakhiri dgn pesan2 abah yg lain..psl pljaran,psl smyg & mcm2 ag..
mlm 2,sblum tdor..sekut mula muhasabah diri..kata abah ada betulnya,dlm diam sekut mengakui..diri ini msih belum matang & msih perlukn pndgn org yg ag berpengalaman utk mengingatkn diri ini...
p/s : pttlah sekut selalu jmpa mentor,pn rhana utk mintak pndapat..sekut msih perlukan bmbgan & nsihat abah n ma..smpai bila2 pon,sekut akan kekal jadi anak 'manja' abah & ma yg sntiasa perlu dinasihati..♥♥♥ abah & ma sehingga hujung nyawa :+)

Sunday, October 3, 2010

" KiTA BeRsAuDaRa !!!!




Biar adakalanya dia buat kau kecewa...
Biar adakalanya dia buat kau gundah...
Tetapi tak mengapa kerana dialah juga...
Yang mengambil hatimu bila keadaan reda...
Oh,kita bersaudara kerna selalu mengalah...
Tak guna marah marah nanti berbaik juga...
Oh,kita bersaudara tak guna gaduh gaduh...
Kerna air dicincang tidak akan putus...
Biar kau dalam susah semua orang tak menegur...
Agaknya tangan siapa yang sudi menghulur...
Jika tak adik beradik yang tak mungkin berkira...
Walau sekali kau beri selalu yang kau terima...
Oh,kita bersaudara ...
Oh,kita bersaudara kerna slalu mengalah...
Tak guna marah marah nanti berbaik juga...
Oh,kita bersaudara tak guna gaduh gaduh...
Kerna air dicincang tidak akan putus !!!
p/s : selalu sgt abah & ma berpesan " anak2 abah ado 7 org ni jah..jdi gak sbgai 7 bersaudara..apo2 jadi pon,jange baloh,jnge bnci 1 sma lain..sbb darah yg mngalir dlm tubuh masing2 adalah darah yg sma..jdi ikatan ini xkn terputus smpai bila2..
andai kata sekut xde jdoh ngn mana2 laki pon,sekut akn brsikap redha sbb ALLAH dh bagi sekut nikmat yg xtrhitung besarnya..d kurnai kasih syg yg melimpah ruah..dikurniakan keluarga bhagia dan yg sntiasa myyngi sekut..
♥♥♥ angah sayang semua..abah,ma,along,abang,achik,kak,abe chik & adik :+)