Friday, December 30, 2011

~ Maafkan daku ~

Aku bukanlah manusia yang sempurna....
Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang....
Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati...
mungkin tingkahlaku ini pernah ada salah silapnya..
tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan....
Maafkan aku bersama dengan doamu....
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.....
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik....
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi....(^_^)

Wednesday, October 19, 2011

Bencilah,hinalah,kutuklah & buatlah apa sahaja yg nk dibuat pada saya..InsyaALLAH..selagi telinga ini boleh mendengar,saya akan ttp dgar sgla tohmahan tersebut,selagi diri ini masih bernyawa,saya akan cb menerima sgala kebencian itu..selagi saya masih punyai kesabaran,saya akan cb menahan segala-galanya..semoga insan yang masih menyayangi Sekut akan sntiasa mendoakan diri ini agar ALLAH mengurniakan saya sikap tabah,sabar & kuat semangat.Semoga ALLAH sntiasa membahagiakan "mereka" supaya mereka terlupa untuk mempunyai rasa untuk terus menjatuhkan sekut..Biarlah kamu dilabel sekeji-keji manusia dari pandangan manusia tetapi dimata ALLAH, kamulah kekasihNYA...x perlu kebaikan kita dihebahkan ke seluruh alam,ikhlaskan diri,bak kata cendikiawan " keikhlasan itu umpama semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang hitam" Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan ALLAH.. Terima kasih kepada siapa yang memarahi saya,yang menghina dan mengata saya,yang memandang rendah pada saya,yang selalu mempunyai pandangan sinis pada saya,yang membenci saya..terima kasih kerana tanpa anda semua,saya tidak akan mengenal erti sebenar kehidupan..semoga kita semua sentiasa dirahmati ALLAH S.W.T..YA ALLAH..berikan aku kesabaran & ketabahan dalam menghadapi dugaan ini (^_^)

~ Hormati & sayang ~

Hari ini sekut cuma nak berkongsi rasa..cuma nak meluahkan kata..Kenapa perlu kita turutkan perasaan kita semata ?? Kenapa kita tidak pernah menyelami apa yang dirasai oleh orang lain ?? adakah kerana sudah cukup-cukup bahagia sehinggakan mahukan orang lain merasai apa itu derita ?? sekut ingin mengingatkan diri sendiri dan mahu saling berkongsi bersama-sama sahabat..Adakah kita suka melihat orang dimalukan,diperlakukan ibarat dia tidak punyai maruah di depan ramai ?? hanya kerana menurutkan kata hati kita ?? ketahuilah..seandainya dia memang ada berbuat salah..membuat kesilapan..namun siapa kita untuk mengadilinya ?? siapa kita untuk menghakimi dan meletakkan hukuman buatnya ?? adakah kita sudah cukup sempurna dan tidak pernah melakukan kesilapan ?? selagi namanya manusia..slagi itu kita tetap mempunyai khilaf...kita sendiri kena bermuhasabah dan jangan memandang orang lain dengan pandangan yang cukup sinis..kerna kita tidak tahu bila masanya kita akan berada dibawah kerna kehidupan inilah adalah roda yang akan sentiasa berputar..jika siang ada malamnya,jika panas ada hujannya..selagi itulah kehidupan kita tidak akan berada di tempat yang sama..mungkin kali ini kita memperlakukan orang sedemikian..mungkin akan ada tikanya,kita akan turut merasai penderitaannya..mungkin tidak kita,tapi tidak semestinya adik atau sapa2 yang terdekat ngn kita terlepas dengan semua itu..hormatilah dan sayangilah orang lain dengan tidak sekali-kali memperlekehkan orang lain..mengeluarkan kata-kata dusta dan penghinaan kepada orang lain..mungkin hari ini kamu terasa amat bahagia dikelilingi orang yang sayangkan kamu..tapi kamu xkan pernah tahu bila tikanya ALLAH akan menarik segala kasih sayang itu..jadi sentiasa menyebarkan haruman kasih sayang kepada orang lain dan bukannya melemparkan sisa derita kepada orang lain walaupun kamu benar-benar tidak menyukai orang tersebut..semoga menjadi renungan bersama..(^_^)

~ Berikan Kesempatan itu ~

Apabila abah menelefon sekut & memberitahu satu-satunya nenek sebelah ma yang dipunyai sekut telah jatuh sakit dan tidak sedarkan diri,masih berada di ICU..luluh hati ini..namun tidak pula air mata ini menitis..ianya sekadar bergenang di mata..mungkin betul kata orang,apabila kita dah terlalu banyak menerima dugaan hinggakan ada kalanya kita x mampu lagi untuk menangis...bermacam-macam yang dirasai sehinggakan diri ini menjadi tidak keruan...walaupun sekelumit rasa mengganggu fikiran,namun diri ini masih tersenyum,ketawa ibarat tiada episod luka..namun tiada siapa yang tahu apa yang dirasai & dialami oleh hati ini..bila mengetahui nenek jatuh sakit,memang diakui inilah dugaan yang paling perit..walaupun diuji dengan kebencian manusia,diuji dengan seribu penghinaan..namun bila dikejutkan dengan berita yang disampaikan abah,memang cukup-cukup membuat diri ini diuji..satu-satunya nenek yang dipunyai sekarang,kerana datuk-datuk dan nenek lain sudah kembali ke rahmatullah..abah berpesan,walaupun berada jauh,namun doa masih dapat didengari..sentiasa berdoa untuk kesembuhannya..
YA ALLAH..berikan kesempatan utk nenek merasai kasih sayang anak2 dan cucu2..berikan kesempatan kepada kami 7 beradik mencurahkan kasih sayang kepadanya..dulu masih di ingat,selalu nenek akan bertanya bila kami adik beradik akan berkahwin..paling jelas,tentulah soalan itu akan di ajukan kepada sekut dan along..dia duk bimbang kalau tidak sempat melihat kami kahwin..kami hanya senyum bila diajukan soalan demikian..kerna kami sendiri tidak tahu bila saatnya itu..nenek,tolong kuatkan semangat..jangan putus asa..semoga ALLAH sentiasa memberi rahmat kepadamu..YA ALLAH..tolong berikan kesempatan itu buat nenek (^_^)

Wednesday, September 28, 2011

" Inilah hidup "

Terlalu lama sekut tidak menjenguk..tidak menggerakkan jari jemari ini untuk terus menaip serta mencoret tinta serta luahan...terlalu banyak yang ingin diluahkan & yang ingin dicoretkan..sehinggakan tidak tahu di mana permulaannnya..
terlalu banyak yang berlaku..terlalu banyak yang menguji..terlalu banyak yang ditempuhi...sehinggakan mata ini telah penat untuk mengeluarkan titis-titis jernih..
namun apa jua yang berlaku..walaupun ianya perit dan cukup memeritkan hati..
hakikat yang harus sentiasa di terima adalah inilah hidup...
kerna hidup kita akan sentiasa di uji..ujian itu yang akan membuatkan kita tabah dan kuat..bukan senang nak menempuhinya,bukan senang untuk bertahan dan bukan senang untuk bersabar dengan segalanya..cukup-cukup membuatkan diri kita tak keruan..
namun setelah semuanya berlalu..walau dengan apa jua cara kita kendalikan segala masalah itu,barulah kita akan merasai segala hikmah di sebalik kejadian...disaat kita diuji,kita dapat mengenal dengan hakikat sebenar orang sekeliling kita..yang mana sahabat susah senang,yang mana yang meninggalkan kita tanpa rasa bersalah..
sekut ucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat yang kekal bersama sekut,memberi kekuatan dan menghulurkan sokongan serta kata-kata semangat di saat diri ini mulai rapuh...semoga sahabat-sahabat sekut akan menemui kebahagiaan masing-masing..
Setiap kejadian yang berlaku pasti ada hikmahnya, sesuatu yang baik belum tentu berakhir dengan baik. Begitu juga sesuatu yang buruk belum tentu berakhir dengan derita. Apa yang penting ialah tanamkan cinta pada Allah, pada jalanNya. Keyakinan pada Allah harus melebihi daripada keyakinan kita pada diri sendiri, malah pada orang lain. Memanglah mudah untuk kita berkata dan payah untuk melakukan. Memanglah mudah untuk jatuh rebah dan susah untuk bangun kembali. Memanglah mudah untuk berbuat amal tetapi payah pada istiqamah. InsyaAllah, semuanya terletak pada kekuatan hati yang turut dipandu oleh akal kita. Akal yang bertunjangkan iman dan ilmu..
P/S : teruskan bertahan sekut..jgn mudah mengalah(^_^)

Sunday, May 8, 2011

~Ibu yg terbaik~

Ibu,ibu..engkaulah ratu hatiku..
bila ku berduka..
engkau hiburkan selalu..
ibu,ibu..engkaulah ratu hatiku...
lagu keramat yg cukup2 menggambarkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu..
sekut bersyukur sgt2 kerana dikurniakn ibu yg paling terbaik..
terbaik dlm semua hal..angah sayang ma sangat2..
terimbau kembali sikap prihatin & kasih sayang ma yg tidak berbelah bagi..
betapa risaunya ma bila angah kena tahan di hospital kerana demam denggi..
ketika diri ini mengadu kesakitan,ma tersenyum,memeluk,mencium angah smabil berkata 'anak ma kan kuat semangat,xkn jdi lemah gini kan'..
betapa sabarnya ma bila along,angah & adik-adik banyak buat kerenah...ma terus bersabar..betapa kuatnya ma menghadapi segala dugaan bila angah selalu sakit dan segala dugaan yg mendatang..ma terus tersenyum & sentiasa berdoa utk anak2..
abah selalu berkata,abah brsykur sbb dipertemukan dgn ma sbb ma adlh prmaisuri abah di dunia & di akhirat..insyALLAH..
angah sayang ma sangat2..segala jasa & pengorbanan ma tiada tandingannya..abah selalu berkata " bila anak perempuan berkahwin..maka syurganya adalah di bawah telapak kaki suami..tapi anak lelaki walaupun berkahwin sehingga 4 isteri pun..namun syurganya masih ditelapak kaki ibu..dan tanggungjawabnya adalah terhadap ibu bapanya berada di tempat teratas melebihi kasih sayang terhadap isterinya "
jadi sekut harapkan adik-adik sekut akan sentiasa menjadi anak yang akan menggembirakan hati ma dan abah..betul kata pepatah kasih ayah tiada tandingan n kasih ibu hingga ke syurga..ianya benar kerana siapa kita tanpa ibu n syurga kita terletak di telapak kaki ibu..pernah kita berfikir sejenak ??? mgkin kita akn menyedarinya bila kita sudah bergelar ibu bapa kelak..namun kita tidak pernah terfikir adalah saat itu kita masih ada masa utk membalas jasa ibu bapa ?? oleh itu cuma satu sekut ingin mengingatkan diri ini n teman2 agar sentiasa menghargai ibu bapa kita selagi masa masih ada..kerna jika tiada,maka penyesalan tiada gunanya..semoga kita semua dapat menjadi anak yg baik yg mampu membuat ibu bapa kita terus tersenyum n bergembira sehingga ke akhir hayatnya...
jgn kita lupa..tanpa jasa dan pengorbanan mereka..tubuh kita yang dulunya hanyalah sebesar telapak tangan ini tidak akan menjadi sedewasa ini..
p/s : semoga kami 7 beradik mampu menjaga ma dan abah sebaik mungkin..

Thursday, May 5, 2011

' rindu '



hari sekut merasakan rindu yg dialami tidak tertanggung rasanya..
terlalu merindui pelukan abah yang mendamaikan hati wlpun plbagai kekusutan melanda..
terlalu merindui ciuman kasih ma yang membuatkn diri ini disayangi..
terlalu merindui hilai tawa along,abe,achik,kak,abe cik & adik yang membuatkan hari2 yang berlalu tidak terasa dgn cepatnya..
terlalu merindui saat bangun awal pagi dan berebut bilik air bersama..
terlalu merindui waktu makan bersama-sama...
terlalu merindui waktu duduk & berborak bersama-sama..
sehinggakan tiada satu saat pon kesunyian membelenggu diri..
sekut terlalu merindui kalian...membilang hari utk bersama...
sekut sayangkan kalian melebihi nyawaku sendiri...

Monday, April 25, 2011

'Jangan Bilang Benci'

Dari sebuah buku yg ku baca...yg ditulis mengatakan,perempuan ada 3 kategori..
1- Jinak seperti kucing = cukup melemaskan,walaupun biar berkali dikatakan tidak suka,namun masih tetap datang untuk bermanja
2- Jinak seperti burung merpati = untuk mengenali luarannya memang mudah,namun bila cuba di dekati,dia cuba melarikan diri
3- Jinak seperti kijang = hanya boleh pandang,tapi peluang untuk cuba berada di hatinya cukup tipis kecuali memg ditakdirkan untuknya..susah dimiliki dan kesedaran bersama hanya ada pada perempuan itu sendiri..
Manakah kategori yg menjadi pilihan hati ??
Aku kategori mana ek ?? (^_^)
teringat pda kata2 seorang lelaki yg pernah diucapkan kepadaku ' harapkan muka cantik,belajar pandai,tapi xguna akal,xde perasaan,hati batu,ego yg amat '
begitu teruk penghinaan..hnya kerana diri ini tidak menerima dirinya,tidak menerima perkenalan yg dihulurkannya..tidak mencuba untuk memberi cinta ini kepadanya..
katakan apa yg kamu mahukan..kerna diri ini tidak akan lelah dgn sgala hinaan tersebut..kerana aku tidak memerlukan pujian jika diri ini trpksa mgikut sgla telunjukmu..aku mahu menjadi diri yg msih kekal dgn sgla pendirian ini..tidak kisah dikatakn perempuan ego,kerana masih keseorangan hingga kini..kerna aku gembira dgn cara hidup & pendirian ini..bukan aku tidak mahu menerima sbrg cinta..aku yakin jika ada cinta yg ditakdirkan utk diriku,maka kesedaran & penerimaan itu akn hdir sndiri & peluang utk bersama akn termaktub di penghujungnya..
P/S : wanita yg baik diciptakan utk lelaki yg baik..jdi sekut akn berusaha utk mnjdi wnita yg baik slgi termampu (^_^)

Monday, April 18, 2011

~ Sabar ~


Bila anda mengharapkan cinta, kasih sayang, pujian, kejayaan, kegembiraan dan pengiktirafan daripada insan lain, anda akan putus asa. Satu-satunya cara untuk anda menikmati hidup yang tenang dan penuh makna ialah dengan meletakkan harapan semata-mata kepada Allah. Di dalam Al-Quran Allah berfirman: 'Ingatlah, bahawa dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.' Surah Ar-Ra'd: 28. Itulah petikan yg amat bermakna bagi sekut..

satu artikel dari http://www.iluvislam.com yang cukup2 memberi inspirasi dikala diri ini mulai goyah.
DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

~Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah..
~Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku)
~Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
~Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita.
~HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
~Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). ~Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.
Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
P/S : Bertahan & bersabar selagi yg termampu..teruskan bertahan sekut(^_^)

Thursday, April 14, 2011

~ InsyALLAH ~

AdaNya, kau rasa tak berupaya,
Hidup sendirian tiada pembela,
segalanya suram, bagai malam yang kelam,
tiada bantuan tiada tujuan,
janganlah berputus asa,
kerana ALLAH Bersamamu,

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya

Adanya.. kesalmu berulang lagi,
bagai tiada ruang untuk kembali,
dikau keliru atas kesilapan yang lalu,
membelengu hati dan fikiranmu,
janganlah berputus asa,
kerana ALLAH Bersamamu,

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya

Kembalilah…
Kepada yang Esa,
Yakin padanya
panjatkanlah doa..

Oh, Ya Allah…
pimpinlah daku dari tersasar..
Tunjukkan daku ke Jalan Yang benar,
Jalan yang benar,
Jalan Yang benar..

Insya ALLAH, Insya ALLAH
Insya ALLAH, ada jalan-Nya
Insya ALLAH
Insya ALLAH, Insya ALLAH, ada jalan-Nya (^_^)

P/S : bila berfikir sedalam2nya..sekut mengakui sekut mempunyai salah sendiri kerana menyalahkan org len diatas kegusaran hati ini..sekut menyedari satu hakikat,pe yg trjadi adalah caturan hidup yg ALLAH dah tetapkan jdi sekut xboleh menyalahkan sape2 sbb smua org ada kelemahan..sekut harus menerima kekurangan org lain sepertimana org lain menerima kekurangan sekut..maafkan sekut kerana telah melukai hati semua..sekut akn cuba berubah ke arah yg terbaik..yg tidak akan melukai hati org lain...

Wednesday, April 13, 2011

'rapuh'

Betapa rapuhnya sekut meniti hidup..
betapa lemahnya melawan perasaan..
betapa goyahnya menghadapi dugaan..
kenapa ini jadinya ?? ke mana hilangnya semangat yg kuat selama ini..
semangat yg disalurkn ketika org trdekat lemah..
knapa bila diri ini lemah,smgat itu juga kian rapuh ??
keseorangan ?? itulah yg dirasakan buat masa ini..berjalan ditengah2 jalan yg gelap tanpa ditemani..tiada yg sggup menghulurkan tgan utk memimpin ke depan..
tiada yg sggup memberikan cahaya supaya dapat meneruskan perjalanan..
kenapa ?? mgkin betul,bila kita letakkan pengharapan kpda manusia,kita yg akan kecewa..bukannya sekut perlukan seseorang yg mampu menyelesaiakn masalah & kegusaran ini..cukuplah seorang yang akan ada disebelah utk mengusap belakang disaat diri ini lemah..memberikan semangat & sokongan ketika semangat ini luntur..memberikan bahu utk diri ini menangis..jahat sgt ke sekut ?? terasa betapa hinanya apabila kita menahan kesedihan keseorangan..pernah korg rasa ?? bila lemah,org xhiraukan,xbrtnya khabar walau secebis pon..perit,itu yg dirasakan..sedangkan bila org len lemah,sedih..kita cuba menggembirakan & memberi seluruh perhatian & semangat itu kpada org tersebut..tapi bila sekut....salahkah sekut bila itu yg sekut mahukan ?? tamak ke sekut bila itu yg menjadi permintaan hati ini ?? tiada org yg mahu keseorangan,ditinggalkan & dibiarkan terkontang kanting di saat diri memang memerlukan sokongan..biarlah,sbb tidak semestinya apabila kita byk mmberi & menghulurkan,kita akan perolehi hal yg sama dri org yg kita beri..
mungkin sekut xberhak mendapat semua itu..
betapa murahnya air mata ini..berlinangan dipipi..
YA ALLAH,akulah hambamu yg lemah,yg hina..berikanlah aku kesabaran & ketabahan dalam menempuhi hidup ini..sesungguhnya yg terbaik itu adalah caturanMU dan pengharapan itu hanya padaMU..
P/S : Setiap kegusaran pasti ada ketenangannya,setiap dugaan itu akan ada jalan penyelesaian dan setiap yg terjadi,ada hikmahnya..jadi sabar itu yg pasti (^_^)

Sunday, April 10, 2011

'Tempias'

knapa hari sekut jdi mcm ni ??
mungkin krna telalu byk yg hrus difikirkan..mungkin trlalu byk yg membebani shggakan diri ini penat,teramat2 penat..
akhirnya tempiasnya trkena pda org yg trdekat ngn sekut..
maafkan sekut sbb bukan niat hati ini utk lukai hati kalian..
maafkan sekut bila diri ini trlalu mementingkan diri shggakn xmgawal emosi ini sebaik mgkn & mghalangnya dari menempiaskan org lain..
maafkan sekut di ats ketidaksempurnaan ini..
maafkan sekut di ats sglanya,namun ketahuilah bukan niat hati ini ingin melukai hati kalian sbb kalian sndri tahu btapa sekut ini menyayangi dri kalian..
maafkan diri ini jika msih ada ruang kemaafan..
maafkn jika msih ada peluang utk menyayangi..
maafkn jika hati yg trcalar itu bisa menerima kata maaf ini..
mgkin kata maaf ini xmmpu utk menebus sgalanya,menyembuhkan luka trsebut..
namun inilah ketidaksempurnaan diriku...
smga kalian msih boleh brsabar dgnku..
maafkan ku..
P/S : YA ALLAH,berikan sekut ketabahan & kesabaran yg tinggi utk menempuhi sgalanya..ssungguhnya diri ini mulai rapuh meniti ujian ini (*_*)

Friday, April 8, 2011

~ tersentuh ~

Seminggu lagi nak hbis prktikum..tp mata ini sudah brgenang,hati keras ini sudah tersentuh bila anak2 mulai bertnya brmcam2 soalan..
~ cikgu,minggu dpn kita main kt pdg lagi ek ??
~ cikgu,bila tauge yg kita tnam ni besaq,kita akn tnam lagi kan ??
~ bila kita nk msak mcm ary 2 ?? ala,tem kt wat sandwich 2..
~ bila ckgu nk crita lagi..kami nk dgar..
~ suka bila ckgu usap kpala sma mcm mak sy slalu buat..brmcm2 lagi yg d tnya
anak2,seandainya kamu tahu yg minggu dpn adalah saat2 terakhir cikgu brsama kamu & lepas ni,ckgu xkan ada lagi utk buat smua tu utk kamu..
mgkin lps ni,sekut akn merindui saat2 brsama anak2..
betapa tegasnya sekut bila anak2 tdak mndgar kata..
betapa risaunya sekut bila anak2 sakit & xdtg skolah..
btapa seronoknya sekut melayan cerita2 yg hari2 anak2 nk kgsikan brsma..
betapa lebarnya snyuman sekut bila anak2 plbgai ragam & mncuit hati..
betapa terharunya sekut bila anak2 dtg memeluk & mengadu mslh
betapa kasihnya sekut bila melihat2 mata2 & muka yg comel anak2
walaupun ckgu xkn ada lagi utk kamu lps ni..namun ckgu xkn prnah lupakan anak2 sbb anak2 dh ditempatkan di ruang istimewa dlm hati ini..
P/S : terima kasih ya ALLAH kerana menghadiahkanku rasa kasih & sayang utk anak2..kerana aku bhgia akn kehadiran rsa ksih ini (^_^)

Thursday, April 7, 2011

Monday, April 4, 2011

~ Rama-rama vs Wanita ~


Melihat gelagat rama-rama membuatkan ramai orang menjadi suka, ceria dan terpesona. Ramai yang akan tersenyum melihat kecantikan rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Pasti ada yang tidak kena jika ada bunga yang tidak dihinggapi rama-rama.

Ramai yang akan tertarik untuk menangkap rama-rama apabila melihat ia terbang berkeliaran di udara. Kecantikan rama-rama terletak pada warna dan corak sayapnya. Akan tetapi kecantikannya tidak akan kekal jika banyak tangan yang menyentuhnya.

Warna dan corak rama-rama pasti akan melekat pada jari jemari apabila kita menangkapnya. Selepas itu tiada sesiapa yang akan tertarik padanya lagi. Keindahan rama-rama telah hilang untuk dikagumi.

Rama-rama ibarat wanita. Wanita indah untuk disentuh, tetapi nilai dirinya akan merosot setiap kali ada tangan-tangan kotor mencemari tubuhnya. Harga diri dan maruah mudah tercemar jika tidak dijaga dengan sempurna.

Begitulah wanita. Kecantikan wanita bagaikan rama-rama yang terbang membawa keindahan corak pada dirinya. Ia akan membuatkan lelaki mudah tertarik pada wanita. Tetapi untuk menjaga harga diri seorang wanita, bukanlah dengan membiarkan kecantikannya disentuh, dipegang oleh semua yang tertarik padanya. Biarlah kecantikan pada wanita itu diperolehi melalui jalan yang diredhai Allah.

Wanita harus menjaga harga kecantikan dan keindahan seorang wanita menurut ketentuan dan panduan yang Allah ajarkan di dalam al-Quran yang telah di sampaikan oleh RasulNya. Hanya dengan menuruti perintah Allah, kemuliaan, harga diri, kecantikan, dan keindahan seorang wanita akan terjaga dan terpelihara.

Daripada Anas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai." [Hadis Riwayat Ahmad]

Alangkah mudahnya jalan yang Allah hamparkan kepada seorang wanita untuk masuk Syurga Allah. Antaranya menjaga kehormatan diri setelah mendirikan solat dan berpuasa. Apabila telah tiba jodoh pertemuannya, maka taatilah suami dan mereka dimuliakan Allah dengan memberi keistimewaan untuk masuk Syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.

- Artikel iluvislam.com

~ HatiKu ~

Ku punya dunia...
Dunia ku begini...
Ku punya mata...
Ku punya telinga...

Jangan anggap ku batu...
Tak punya perasaan...
Melihatmu dengannya...
Aku panas...

Ku punya dunia...
Dunia ku begini...
Ku punya hati...
Punya perasaan...

Cuba fahami batinku...
Cuba menilai anak mataku...
Melihatmu dengannya...
Aku cemburu...

Cinta mengapa harus rumit...
Biar begini ku menanti...
Siapa dia biar hatiku yang tahu...
Ku pasti setia tapi menanti...

Cinta bisakah jadi mudah...
Kau berkelana dan aku harus diam...
Biar saja kita jalani hidup masing-masing...
Jodoh di tangan Tuhan...
Biar saja...

Sunday, April 3, 2011

~ Appear ~



What make you appear in my eyes
What always keep you appear
If I lie down and closed my eyes
Why is your face reminded

Not seem a big deal then
to calm down my heart
you´re not the passing filing
that much is clear..its love
Must be love

I’ve never felt that
By the end of the day I never regret
You know what something is weird
i must have an empty life
the gap is filled weird
know what life is all live

what have you done to this heart is still left
like the easy thing i´v seen in this world
I also got his cluttered

Although i don´t know much
It is hard to believe this heart
Just before you leave
I don´t know why i´m felling so strange

you came to me because of this…

~kenangan~

Semalam slps diserang migrain..
tiba2 teringat kt "......."
sekut jdi sedih..sebab dh lama sgt2 menahan sglanya sendirian..
mgkin dimata org,sekut happy & keras hati...
tp mgkin diorg xtahu..
hati keras ini prnah disapa..
hati keras ini dahulunya lembut..
hati keras ini dahulunya seperti hati yg lain..
tapi hati ini mnjadi keras bila lembutnya dipijak2 & diinjak2..
kerana "......." tidak pernah cuba menilai hati lembut sehinggakan ianya terluka yg amat dalam..hinggakan hati lembut ini menjadi sekeras kerikil..
tapi bukan kesalahannya sebab yg terjadi itu memang caturan hidup..
sekut merelakannya & berharap dgn melihat kebahagiaannya,sekut jua akan bhagia..
P/S : segala yg terjadi sememangnya ditakdirkan..jadi redhakanlah kerana segala pengharapan itu hanya pada ALLAH S.W.T..

Tuesday, March 29, 2011

" Praktikum minggu ke 2"

Oleh kerana minggu ini ada peperiksaan,maka perhimpunan dibatalkan..
masuk je kelas utk hari isnin..mudasir terus melaporkan..

1. " cikgu,saya xsbar nk tggu ckgu ngajaq...minggu lpas tem ary jumaat ckgu xngajaq..pasai pe ?? "cikgu xleh ajaq laa sbb ckgu kna buat byk kerja..ckgu na yg kna ngajaq tem 2.. Aku trsenyum sndirian..petanda yg baik utk sorg guru prktikum sperti aku..

2. " Cikgu,ada orang berak x cerok.."apa mudasir ?? "orang berak x cerok ??
cerok 2 apa ?? mudasir terus berkata sambil mata diluaskan "cerok !! berak x cerok !! ape 2 ?? akhirnya baru ku tahu..cerok 2 jirus..berbeza loghat negeri membuatkan aku xmemahami apa yg di sampaikan..huhu,refleksi utk dri sndri,kena lebih bljar bhasa utara..

3.Hujan lebat xhenti2..maka pembantu pengurusan murid xdpt datang kerana dilanda bnjir..kekalutan di mana guru yg trpksa menyediakn makanan utk murid-murid..bila hujan makin lebat,murid-murid menjadi hyperaktif..shggakan aku terpksa bertegas.."maafkan ckgu ek,tp kalu ckgu xtegas,,kamu xmau dgaq "..

4.Ada sekolah yg telah ditutup..sk jejawi xtau agew apa citernya..tapi P&P pada hari rabu masih berjalan seperti biasa walaupun byk kekangan yg belaku & aku bersama jue berusaha mengawal murid-murid sehabis baik terutama ketika makan di kantin..

5 . " Cikgu,arif nk intai orang pmpuan dlm tndas..dia nk intai orang pmpuan pakai seluaq.." Arif,pasai pe wt cmtu ?? kamu suka kalu org intai kamu ?? kalu xsuka jgn buat mcm tu..2 prngai yg xbaik..jgn buat agew.." Amirul terus meminta maaf..

6.Xtau mcm mana keadaan pada esk hari dgn keadaan hujan yg xbrhnti..mendoakn yg terbaik utk masa ini kerana tidak tahu apa yg akan jadi (*_*)

7.Hari khamis,wlaupun dilanda bnjir namun smgat mgajar xpprnah lntur..prgi jgak sekolah & hasilnya hnya 4 org bdak saje yg dtg..kna gbung ngn kelas 1 lagi & proses P&P tetap brjalan walaupun byk sekolah yg da tutup..

P/S : Dua minggu,praktikum berlalu dgn menarik dan telah jatuh syg kepada murid-murid ..terima ksih kepada partner,jue yg byk membantu menjalankan tugas brsama2(^_^)

" Praktikum "

Habis je cuti..sekut memulakan sessi praktikum d sk jejawi brsama cik jue..

Laporan kes spnjang prktikum minggu prtama..

1 . Buat sessi perkenalkan diri..ada murid yg bercakap,ada yg senyap sambil mata dikelipkan berkali2..aduhai,sush rupanya nk suh murid berckp di khalayak rmai sbb aku jgak pernah merasakan bnda yg sama..

2 . Sebelum masa rehat,mudasir melaporkan " cikgu,firdaus loqlaq...sekut brtnya " awat ?? firdaus loqlaq pasai pe ?? " dia ramas saya punya **** "..aku terdiam seketika & bekata.. " pasai pe p ramas dia pnya,awak xde ka?? xbek buat cmtu..jgn buat agew..

3. " Cikgu,ada orang berak terabur !!!! " aku pon memulakan sessi soal siasat utk mncari siapa pesalah yg sebenar...tiada yg mengaku,tp aku mrasakan intan pnya keja..firasat guru laa katakan.."murid-murid,cikgu bukan nk marah,cuma nk habaq,len kali berak betul2..bukan pa,cian kt kak ani (p.pgurusan murid) nk kna cuci..xkcian kt kak ani ka ?? suka wt kak ani sush ?? (*_*)

4. Disaat menyuruh murid-murid membuat lembaran kerja,tiba aku melihat mudasir tidak hbis2 brcerita..lalu ku bertanya " awat mudasir ?? " cikgu,kambing saya beranak ".." biaq laa kmbg branak,awat ?? nk p teman kmbg jaga anak ke ?? kalu nk jdi pndai & xmau duk ngn kmbg..buat kerja yg ckgu suh !!! " akhirnya aku brjaya memujuk dia membuat kerja yg d berikan..

5. Setiap pagi ada perhimpunan 1 malaysia..dan pda minggu pertama,sekut menjadi guru praktikum pertama yg membuat ulasan..gementar yg amat..angkara gementar...akhirnya 2 kali kena naik pentas utk memperkenalkan diri.. (^_^)

P/S : kerja sebagai guru itu sangat mulia kerana bukan shaja mendidik dari segi akademik,malahan tingkahlaku jua...sekut cintakan pekerjaan ini (^_^)

Saturday, March 26, 2011

'Cuti Yg Bermakna '



Time cuti ary 2..sekut dh tanam tekad dlm hati & jiwa..
nk habiskan cuti sepenuhnya & sebaik-baiknya dgn keluarga..
memang i2 yg dilakukan..
tiap kali ada masa,borak ngn ma ngn abah...
lepak ngn adik-adik..
tiap2 malam,amik peluang utk peluk ma & abah sepuasnya2..

Tuesday, March 22, 2011

" CinTa PaDa ILLAHI "

"Aku mendengar Rasulullah Saw menceritakan daripada Allah Swt berfirman: "CintaKu berhak untuk orang yang bercinta keranaKu, CintaKu berhak untuk orang yang saling tolong-menolong keranaKu dan Cintaku berhak untung orang yang saling berkunjung keranaKu. Orang Yang bercinta kerana Allah berada di atas mimbar daripada cahaya dalam naungan Arasy pada hari yang tiada naungan kecuali naunganNya" (Riwayat Ahmad)

Keutamaan Cinta Kerana Allah Swt

إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَقُولُ: يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَيْنَ الْمُتَحَابُّونَ بِجَلاَلِ الْيَوْمَ أُظِلُّهُمْ فِي ظِلِّي يَوْمَ لاَ ظِلَّ إِلاَّ ظِلِّي؟
Maka Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman, "Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu"
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)


Semoga dengan melaksanakan petunjuk Rasulullah SAW dalam mencintai seorang hamba keranaNya, kita dicintai Allah SWT sebagaimana hadis dari Umar bin Al-Khathab, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Allah mempunyai hamba-hamba yang bukan nabi dan bukan syuhada, tapi para nabi dan syuhada tertarik dengan kedudukan mereka di sisi Allah. Para sahabat berkata, "Wahai Rasulullah, siapa mereka dan bagaimana amal mereka? Semoga saja kami dapat mencintai mereka." Rasulullah SAW bersabda, "Mereka adalah suatu kaum yang saling mencintai nikmat dan kurnia yang diberikan oleh Allah. Mereka tidak memiliki hubungan nasab dan tidak memiliki harta yang mereka kelola bersama. Demi Allah keberadaan mereka adalah cahaya dan mereka kelak akan ada di atas mimbar-mimbar dari cahaya. Mereka tidak berasa takut ketika banyak manusia berasa takut. Mereka tidak bersedih ketika banyak manusia bersedih."

حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ سِتٌّ قِيلَ مَا هُنَّ يَا رَسُولَ اللهِ قَالَ إِذَا لَقِيتَهُ فَسَلِّمْ عَلَيْهِ وَإِذَا دَعَاكَ فَأَجِبْهُ وَإِذَا اسْتَنْصَحَكَ فَانْصَحْ لَهُ وَإِذَا عَطَسَ فَحَمِدَ اللهَ فَسَمِّتْهُ وَإِذَا مَرِضَ فَعُدْهُ وَإِذَا مَاتَ فَاتَّبِعْهُ
Hak muslim ke atas muslim yang lain ada enam. Dikatakan, "Apa yang enam itu, Ya Rasulallah?" Rasul SAW bersabda, "Apabila engkau bertemu dengan saudara muslim yang lain, maka ucapkanlah salam kepadanya; Apabila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya; Apabila ia meminta nasihat kepadamu, maka berikanlah nasihat kepadanya; Apabila ia bersin dan mengucapkan al hamdu lillah, maka ucapkanlah yarhamukallah; Apabila ia sakit maka ziarahlah; Apabila ia meninggal dunia, maka hantarkanlah sampai ke kuburnya."
(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah)

artikel ini diperolehi dari blog http://www.iluvislam.com

Wednesday, March 2, 2011

~ teman ~

Bila kita sendiri diuji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita diperkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia..sekut bersyukur kerana dikurniakan seorang teman yg sntiasa mengajak ke arah kebaikan..
mengingatkan ketika diri ini mulai kealpaan..
ketika diri ini mulai dibelenggu kelalaian dgn hal-hal dunia..
dia mengingatkan diri ini ke arah kebaikan..terima kasih teman,benar kata orang..
kita mampu berkawan dgn sapa2 sahaja tapi xsmua kawan itu mampu membawa kita ke arah kebaikan..aku bersyukur dikurniakan teman sepertimu dan membolehkan aku turut mengingatkan seorang lagi teman..untuk turut sama istiqamah di jalan yg diredhai ALLAH..

Thursday, February 24, 2011

~ MaCaM2 ~

Setelah lama tidak mencoret di blog kesayangan..akhirnya malam ini tergerak utk kembali mencoret..bukan tidak mahu meneruskan minat yg sedia ada namun kesuntukan masa utk membuka laptop dan online..yg ada,cumalah diari biru yang akan menemani disaat terasa ingin meluahkan apa yg terpendam..bermacam2 hal berlaku dalam masa yang singkat..
kehilangan,kegembiraan,kesedihan dan bermacam2 lagi..sudah lumrah hidup yg akan terus-terusan dihimpit dan diuji dengan pelbagai dugaan..dikala itulah,yg hanya mampu menjadi ukurannya adalah sejauh mana kita berbalik kepada hukum alam..kerana tempat bergantung bagi makhluk hanyalah kepada ALLAH S.W.T dan pengharapan itu hanya padaNYA...
kehilangan datuk saudara yg sakit mengingatkan perihal kematian..kegembiraan mengingatkan perihal nikmat..kesedihan mengingatkan perihal dugaan untuk menguji sejauh mana ketabahan.Pada suatu hari disaat sekut mulai goyah n mulai mengeluh mengenai masalah yg melanda,abah menghantar sms yg amat bermakna & mendalam.." seperit mana dugaan dan sebesar mana masalah,hanya satu yang harus diingatkan bahawa semuanya adalah ketentuan ALLAH utk menguji hambanya " . Sambil update blog,sekut terjumpa satu artikel yang amat bermakna untuk membimbing kita bersama (^_^)
p/s : link artikel tersebut http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/1592-lagi-sayang-lagi-diuji.html

Saturday, February 12, 2011

JIKA KITA MENCARI CINTA PADA MANUSIA BELUM TENTU KITA AKAN TEMUI CINTA SEJATI.....
TETAPI BILA KITA MENCARI CINTA ILAHI, PASTI IA AKAN MEBALASNYA KERANA ITU LAH CINTA YANG HAKIKI... "

"JADILAH SEORANG WANITA YANG BERADA DALAM SEBUAH BALANG KACA..
SUKAR DICAPAI & SUKAR UNTUK DIMILIKI..HANYA ORANG TERTENTU SAHAJA YANG BISA MEMILIKINYA.."

Friday, January 21, 2011

" SeKiaN LaMa "

Untuk sekian lama,tidak mencoret..akhirnya tangan ini terasa ingin mencoret kembali di saat kerinduan untuk bertinta membuak2...
tapi sekut tidak mempunyai banyak masa untuk mencoret..
semester ini kelas yg penuh,praktikum,amali dan pelbagai lagi tugas sebagai pelajar harus dilaksanakan..semoga sahabat2 sekalian sntiasa berada dalam keadaan sihat dan sekut akan cuba untuk mencoret sekerap yg mungkin...
keep in touch (^_^)