Thursday, April 18, 2013

Sempurnakah kita dimataNYA ??

Bila berbicara soal sempurna..Jgn diragu-ragukan kerna hakikatnya selagi namanya manusia..Kesempurnaan itu bukan milik kita..Pahit utk ditelan tapi itulah kejujuran yg harus diterima..Mungkin zahirnya,kita sempurna..Tapi itulah kesempurnaan dimata manusia..Tidak dimataNYA..Namun begitu,selagi denyutan nafas masih berhela,usahlah diragukan kerana pintu taubatNYA sntiasa terbuka untuk si pendosa seperti kita..Sekut bukan ustazah,apatah lagi untuk digelar daei..Jauh untuk membetulkan orang lain kerana diri ini masih punyai apa yg tidak betul dan kesalahan sentiasa terpatri dalam diri sepanjang melalui hari-hari sebagai hambaNYA yang khilaf..Namun berkongsi itu ada bagusnya..bukankah berkongsi menunjukkan jalinan kasih sayang yang tidak bertepi..Benar atau tidak ?? Jika kita sayangkan seseorang,mesti perkongsian tidak menjadi isu permasalahan..Bak kata orang,sharing is caring..Jadi jom sebarkan haruman kasih sayang ini..Jangan takut utk berkongsi,apatah lagi perkongsian ilmu yang baik dan punyai manfaatnya kepada orang lain..Sekut pun bukannya orang yang baik,kerna hampir 25 tahun bernafas di bumi ALLAH ini,ada sahaja kekhilafan yang dilakukan diantara sengaja atau tidak..Tapi selagi kita punyai kesedaran,maka berusahalah untuk berubah..Sekut pernah melukai hati orang di sekeliling,mulut yang petah berkata ini pernah menjadi belati tajam yang mengguris hati insan lain..Astaghfirullah hal azim,betapa diri ini lalai dalam menjaga diri..Jika di masa lampau,kita adalah orang yang tidak bagus penampilannya,maka sama-samalah kita berubah..Berubah demi ALLAH,pemilik cinta utama kita agar kehidupan di masa hadapan kita jauh lebih baik dari apa yang kita punyai selama ini..Sama-sama kita menuntut ilmu terutama ilmu islamik..Harus diingatkan,ilmu itu tidak hanya cukup dari bacaan bahan coretan,ianya perlu didatangi dgn guru agar kita tidak terpesong ke arah yg tidak sepatutnya..Sekurang-kurangnya kita punyai tempat untuk meminta pandangan dan membuat rujukan..Jangan malu untuk berkongsi ilmu yang diperolehi walaupun kita tahu kita juga insan tidak sempurna..Semoga dengan berkongsi,kita turut mengingatkan diri sendiri..Jgn pula dikatakan 'ketam mahu mengajar anaknya berjalan dengan betul' sedangkan perkongsian hanya sekadar di mata kasar,hakikatnya kita sendiri tidak mengamalkan..Oh,itu tidak bagus..Mulai saat ini,kita bertekad untuk bersama-sama berjuang dalam mempertahankan martabat Ad-din,Islam dlm meniti kehidupan..Ilmu yang bermanfaat untuk kebaikan bersama,kita kongsikan agar kita semua memperolehi barakahNYA,insyaALLAH..Sahabat,tegurlah dan nasihatilah daku dikala aku lalai dan leka dek kesenangan,harumilah persahabatan anugerah ALLAH ini dengan kasih sayang..Semoga kita semua memperolehi barakahNYA..Sama-samalah kita bersahabat keranaNYA..Ukhuwwah Fillah Abadan Abada

Tuesday, February 26, 2013

Cantik di PandanganNYA

Bila berbicara perihal cantik..mmg smua nak cantik..Tambah-tambah golongan wanita,memang nak sangat2 part cantik tu sbb biasanya yg cantik akan sentiasa dipandang..Lelaki pom sukakan yg cantik..tambah-tambah klu nak memilih sbgai teman yg ehem..ehem..hihi. Sekut pom manusia biasa,dan diakui bhawa rasa ingin cantik tetap ada dlm diri. Yelah kalu tidak,xda laa tem skolah menengah dulu..bila brkawad KRS,hbis muka ni hitam & berbalam-balam..mula risau dan sanggup digelar mak nenek oleh kawan-kawan sbb tem nak tidur je,jenuh duk tempek bedak sejuk penuh muka..Zaman remaja laa katakan,ada je jerawat sebijik kt muka terus je kecoh nak abah temankan utk beli ubt jerawat..Sekarang dalam usia meningkat,obses tersebut mulai menurun kerana baru diri belajar istilah cantik yang sebenar-benarnya. Tidak salah untuk sentiasa cantik kerana ALLAH sukakan hal yg cantik namun harus diingatkan diri agar tidak obses dalam mengejar cantik..Cantik dipandanganNYA tidak sama dengan cantik yang dipandang manusia. Seperti cerita berkenaan dgn muazzin kesayangan Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W, Bilal Bin Rabah..seorang bekas hamba abdi yang merupakan sahabat Rasulullah. Dia seorang yang berkulit hitam namun betapa cantiknya dia di pandangan ALLAH sehinggakan apabila tibanya waktu solat, golongan malaikat begitu ternanti-nanti laungan azan dari Bilal.SubhanALLAH,cantiknya Bilal di pandangan ALLAH sehinggakan disayangi dgn limpahan kasih sayangNYA.Cantik itu subjektif & teramat luas pengertiannya..Kerana cantik di pandangan mata setiap orang adalah berbeza,ada yg sukakan yg kulit putih,halus mulus..ada yg memandang yg hitam manis itu penuh dgn istilah cantik..Ada yang melihat kebaikan dan kecantikan melalui tingkahlaku dan paling menakjubkan adalah orang yang menilai kecantikan itu melalui keindahan dan kemuliaan hati..Seperti yang selalu diperkatakan,tiada guna jika punyai cantik luaran tapi dalaman tidak sebagus luaran yang telah dipamerkan.. Buruk akhlak, buruklah orang memandang kita. Walaupun pada kita ada seribu satu kelebihan, seperti cantik, kaya dan sebagainya.Cantik akhlak, cantiklah orang memandang kita.Walaupun pada kita ada seribu satu kekurangan.Berakhlak dengan apa yang ALLAH SWT mahu. Bukan sekadar apa yang masyarakat mahu..InsyaALLAH,barakahNYA akan sentiasa bersama & memelihara kita dri hal-hal kemungkaran.. Nak jadi muslimah itu susah,nak jadi mukminah juga susah.Nak jadi mujahidah lagilah susah..Nak terus istiqamah super-susah..Namun biar susah,biar rebah..Jangan endah jangan kisah..Teruslah tabah dan jangan goyah..Berdirilah dengan gagah..Demi ALLAH,demi Solehah kerana pengakhirannya sudah pasti indah IAITU menang atau kamu itu bidadari JANNAH..ALLAH S.W.T jadikan perempuan itu sebagai hiasan dunia.Bayangkan, dunia yang besar ini, dunia yang cantik ini, kita jadi hiasannya.Seindah-indah hiasan itu adalah wanita solehah.Betapa ruginya kita sekiranya ditolak menjadi seindah-indah perhiasan dunia..Betapa sayangnya ALLAH S.W.T pada kita. Betapa cintanya Allah S.W.T pada kita..SubhanaALLAH !!! Alhamdulillah !! ALLAHUAKBAR !!! ~ (^_^)

Monday, February 25, 2013

Segenggam Tabah (^_^)

Antara lagu yang menjadi sumber inspirasi di kala diri kadang kala goyah dgn dugaan dunia yg xseberapa melanda diri..Lagu nyanyian in-team ini mempunyai bait-bait indah yg mampu memberi kata perangsang sejak diri di sekolah menengah lagi..
Telah tertulis suratan nasibmu... Derita buatmu ada hikmahnya... Terlukis senyum di bibir lesu.... Tak siapa tahu hatimu... Biarpun keruh air di hulu.... Mungkinkah jernih di muara... Biarpun jenuh hidup dipalu... Pasti bertemu tenangnya
. P/S : Apabila kita ditimpa kesusahan, rasakan dalam hati…ya, selepas ini akan datang kesenangan. Sabarlah sebentar. Apabila datang kesenangan, kita tetap tidak alpa…ya, selepas ini akan datang kesusahan. Bersiap-sedialah. Hakikatnya, tidak ada kesenangan dan kesusahan yang abadi di dunia ini. Kehidupan adalah satu pergiliran antara senang dan susah yang berterusan…Sentiasa merintih meminta & meletakkan pgharapan pd ALLAH,DIA xkn sesekali mengecewakan kita,insyaALLAH. Oleh itu Usah dipinta HIDUP yang MUDAH, tapi pintalah HATI yang TABAH menghadapinya.Apa sahaja yang berlaku pada diri kita, tidak ALLAH takdirkan tanpa tujuan. Carilah apa tujuan itu...InsyaALLAH, hidup kita akan sentiasa bertujuan. Capailah tujuan itu kerana disitulah letaknya kejayaan dan kebahagiaan kita.Hidup adalah satu siri pelajaran yang panjang dan berterusan. ALLAH mendidik kita pada setiap yang berlaku dalam hidup ini.Tujuannya adalah untuk kita menjadi lebih baik sebagai hamba ALLAH dan Khalifah. ALLAH Maha Menyayangi,DIA menyayangi kita dgn ksh sygNYA..cuma kita yg kdg kala tidak setia & mengabaikan cinta pertama kita..Kembalikan hak cinta tersebut pada pemberi segala yg kita punya & pemilik yg sebenar hati kita.Hasbunallahu wa ni’mal wakiil, ni’mal maulaa wa ni’man nashiir. InsyaALLAH,Rabbi yassir wa la tu’assir, Rabbi tammim bil khayr, Amin..Ya Rabbal Alamin ~ (^_^)

Thursday, January 31, 2013

Kasih Sayang kerana ALLAH

Setiap orang punyai ceritera yg trsendiri..Mgkin ada yg terjaga dri godaan,namun mgkin ada yg pernah melampaui batas & m'lakukan kesilapan..Namun seandainya,dia ingin berubah..Maka org lain harus m'beri sokongan..Bkn m'gasingkannya jauh2,kerna cara itu bkn shja mematahkn smgatnya,malah m'jadikannya lebih teruk dri sbelumnya..Jgn kerana 1 kesalahan,maka tertutup semua kebaikan.Mmg benar,marah itu tandanya syg,tp marah itu perlu berpada2..Tdk perlu mghukum kerana hukuman bkn ditgn kita yg juga hamba ALLAH & pintu taubat sntiasa terbuka utk semua hambanya yg ingin berubah..Jgn terlalu menunding jari atas kesalahan org lain,tkot nnt memakan diri sendiri. Harus diingat hati kita,ALLAH yg jaga & pegang,jadi bila2 msa shja DIA boleh bolak-balikkan hati kita..Bg yg ingin berubah,hargai peluang yg diberikan krana bkn mudh utk m'perolehi peluang kedua..Jdi jgn sia-siakannya..Sekut akui bahawa diri ini banyak khilafnya,masih byk yg perlu diperbaiki..Utk menjadi seorang yg baik,maka kita perlu menilai semua hal sekeliling kita dgn pandangan yg baik-baik..Jika kita mahu menjadi baik,maka baiki diri kita,baiki hati kita agar dalaman yg kita punyai sebaik apa yg kita cuba pamerkan pada luaran kita..Oleh itu sebelum mengharap ALLAH menilai kita dengan baik... didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 'siapa kita' ketika melihatnya . Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Belajar utk memaafkan & memberi peluang,insyaALLAH indah dipengakhirannya.Melakukan kesilapan bukan satu kesilapan... tetapi mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan sebenar. Allah pun memaafkan kesilapan insan, mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya, mengapa kita terus membencinya? Maafkan dirimu, dengan memberi peluang untuk diri sendiri membetulkan kesilapan. Maafkan orang lain, dengan menerima hakikat, kesilapan adalah fitrah seorang insan.Itulah adat hidup,jika xkena pd tmptnya maka patut ditegur,jika brslh harus meminta maaf,brkasih syg kerana ALLAH & sntiasa mendoakan hal yg baik utk sesama sendiri insyaALLAH..semuanya akan baik & dirahmatiNYA. ~ (^_^)

Kenangan

Kenangan..adalah sesuatu yg pernah tercoret dlm lakaran hidup kita..ada yg terlakar dgn penuh kemanisan & ada yg terukir dgn kepahitan...namun percayalah,kenangan itu yg menjadikan kita belajar tentang kehidupan..Jika ianya xberlaku,mana mungkin kita belajar untuk mengorak ke hadapan..Namun jangan biarkan kenangan menghalang kita mengecapi kebahagian di masa hadapan..kerna walau diingat,kenangan tetap kenangan dan tidak akan bertukar menjadi impian....Letakkan segala pengharapan itu padaNYA,insyaALLAH kita xkan pernah dipersiakan olehNYA...

Monday, September 17, 2012

~ Hati ini ~

kdg2 kita akan diuji..diuji ttg soal hati..sehinggakan sekut prnah diuji dgn hal yg sma...hinggakan terdetik di benak fikiran..'sy tkot dgn apa yg sy rsa skrg..sy tkot hati sy xkuat...tkot hati sy trsentuh pd tmpt yg slh..awk mmg baik..sy tkot sy trsukakn awk..sy memang penakut...jdi pe yg sy bleh bt,jauhkn hati & pe yg sy rsa skrg..sy doakn awk akn dpt kebahagiaan awk..sy mgkin dh mulai sukakn awk,tp sy akan jauhkn dri dr awk sbb sy harus letakkn ma & abah sbgai yg utama..jika tkdir trtulis awk utk sy,kita akn brsama..utk itu,kwjipan sy skrg adlh utk cintai ALLAH & abah,ma...sy akan sembunyikan & luahkan apa yg sy rsa ini hnya pdaNYA...smga DIA akn jga hati sy & serahknya pd hak sebenarnya..krna DIA mgetahui sgala yg trbaik utk sy'... Alhamdulillah,kerana wlpn hati ini ibarat tisu,namun bentengnya masih keras seperti batu..ALLAH masih memelihara diri ini,cinta ini agar terus terpelihara utk yg halal agar tidak sewenang-wenangnya diserahkan kpda mana-mana yg bkn muhrim..Mmg benar hati wanita mudah tersapa namun apa-apa pun,kuatkn tekad dihati & mmg bukan senang utk kuatkn hati..tp kita ada ALLAH,hnya pdNYA kita serahkn sgala2nya..utamakan cinta yg utama,belajar dan cuba memperbaiki diri agar mengejar cinta pertama kita,ALLAH SWT..kerna DIA mencintai kita dgn limpahan kasih sayangNYA,namun kenapa kita mengabaikan dan lalai utk menggapai cintaNYA terlebih dahulu..Cintai DIA,bila kita sudah menggapai CINTANYA,maka DIA akan permudahkan jln utk kita..dgn mempertemukan kita dgn org yg turut mencintaiNYA..Letakkn sgala pengharapan itu hanya padaNYA..insyaALLAH,indah pengakhirannya..amin (^_^)

~ aku serahkan segala pengharapan itu pdNYA~

Setelah sekian lama menyepi..ary ni kecelaruan yg sekut rasakan..terlalu bergelora,akhirnya tangan ini ingin mencoret..luahkan sgala yg terbuku sekian lama... mcm dugaan & masalah yg dialami sejak kebelakangan ini..Alhamdulillah,ALLAH bagi kekuatan utk telinga ini mendengar segala kata sindiran & sinis yg asyik saje nk jatuhkan sekut..kekuatan utk mulut ini membisu & trsenyum apabila ada insan yang asyik mencari kesalahan & kekurangan sekut...abaikan saje ttg insan2 sedemikian..utk apa kita melayan kerenah yg tiada berasas..bazir masa saje..hehe.. (^_^) Bila umur hampir masuk 24 tahun ni,isu jodoh memg kuat & femes sgt diperkatakan.. jumpa je mana2 mak cik,msti duk tanya,'ang dah da teman ??, ado gewe doh ?? huhu... rasa pelik jugop,rsa umur 24 tu muda agew kot...tp knapa isu itu yg slalu diperkatakan..heran2,nsb baik abah & ma bukan jnis begitu..hehe...yg sekut ingt,abah pernah bertnya satu ketika,'angoh ado gewe dop ?? kalu ado,bawok mai umah..abah xse anak abah gewe n xtau sapo2,klu benar dia suko ko angoh,suh dia mari umah & jmpa abah..klu nak dating2,dating dumah ni jah,dpn abah & ma'...wah,abah bg greenlight tu..sush utk dgar abah oyak gitu tuh..sbb abah xprnah ag oyak hal yg sma pda adik2 bradik yg lain..smpai along pun kater'untung angoh,sbb abah siap oyak gitu..ngn along,abah xprnah pun oyak gitu'..tapi sygnya,bila abah bg keizinan sedemikian,angoh hnya mampu snyum saje..sbb angoh xde gewe @ teman istimewa gitu...ma prnah kater,xpe klu nk kenal2,tapi kita org pmpuan,kna jga maruah kita...jgn lebih2 dlm hal2 brcinta ni..tapi entahla,sekut xda agew peluang mcm tu..dri dlu ag,duk tgok kwn2 kapel & dating..pahtu bila msuk 20 an ni,tgok kwn2 khwin & da anak plop..mcm seronok je kan..haha,tgk ngn pndgan mata,mmg smua nmpk indah,pndgn hati belum tentu ag kan..bila org2 sekeliling sibuk bertanya,xkurang juga ada yg terlalu baik hati..nk tlg crikan ,nk tlg kenalkan..ntahla,myb simpati kot..yelah,nmpk mcm xlaku je...sekut akn cb tolak pelawaan itu sebaik mgkin..bukan nk jual mahal,atau berlagak..tapi mgkin seru itu blum dtg kerna mgkin diri ini blum brsedia..klu boleh,nk kenal dgn org yg kita akn khwin..xnk stakat knal2 & kwn je..mcm xbrapa ssuaikan..skrg ni jwpn plg ssuai & sering diulang2 serta diyakini selamat adlh 'sy bkn memilih,jauh skali jual mahal..sy serahkn pd ALLAH agar kurniakn sy seorg insan yg mampu syg ma,abah & adik brdik sma mcm sy syg,jdi bru sy boleh syg kluarga dia mcm tu'...pahtu org len akn trdiam & plg x pun,akan kater,smga ije jmpa insan sedemikian..hehe..trdiam,trkaku & trbisu nampaknya...tkpelah,umur muda ag ni..agewpon xde laa sedih sgt hidup membujang ni..myb nmpk sunyi & sorg2,tp byk bnda & tgjwb lain lagi yg hrus dipikul....sgalanya sekut serahkn pd ALLAH,dri ini msih lemah dlm mencintaiNYA..jdi byk lagi yg harus diusahakan utk dptkn cintaNYA..smga bila sekut mencintaiNYA..maka DIA akan hdirkn insan yg turut mencintaiNYA..Utamakan yg utama terlebih dahulu,semoga dgn itu barakahNYA akan diperolehi..amin,insyaALLAH (^_^)