Monday, October 25, 2010

" JoDoh IbArAt JaMbAtAn "

Jodoh sesuatu yang telah termaktub secara azali sebelum kita lahir lagi..Jodoh pertemuan,rezeki,ajal maut semuanya telah tertulis pada lembaran daun di Luh Mahfuz dan semuanya berada dalam ketentuan ALLAH..Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang.Kalau panjang jambatannya,jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.Kadangkala ALLAH sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat.Kita menangis dan tertanya-tanya, ke mana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi.Sekut hanya manusia biasa yang masih punyai khilaf yang kadang kala tertanya-tanya..kenapa aku masih sendirian?? melihat teman-teman mempunyai kekasih..tiap masa saling berhubung..tapi aku?? phone yg ada hanya digunakan utk menelefon abah & ma..bertanyakan khabar adik beradik dan sahabat..bila memperolehi kejayaan..teman-teman berkongsi dengan kekasih..tapi aku,khabar baik itu ku khabarkan kepada abah,ma,adik beradik..kadang kala tertanya,kenapa aku bersendirian?? Namun segala persoalan ini ditepis perlahan-lahan..kerana siapa kita untuk mempersoalkan ketentuan?? bila mempersoalkan segala takdir,kita tidak bersyukur..kerana setiap yang berlaku,ada hikmahnya..mungkin kalu sekut ada kekasih..kasih dan sayang ini akan terbahagi..terbahagi antara cinta kepada ALLAH,cinta kepada keluarga,cinta terhadap kekasih..Cinta tidak salah, tapi masalah besar adalah orang bercinta, salah meletakkan harga sebuah cinta. Kalau sudah rasa tidak mampu, maka jauhilah maksiat cinta.Sedangkan cinta yg agung bagi wanita adalah cinta terhadap suaminya yang akan menjadi naungan syurga buat si isteri.." Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita tidak baik untuk lelaki yang tidak baik. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.. " itu kata abah kepadaku..Kita mesti selalu jadi baik, agar yang baik juga ALLAH Taala jodohkan untuk kita. Cinta yang dicari baik, tetapi cinta yang ditemui lebih baik lagi.Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga kita membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai.Kita terlalu mengharap manusia memberikan cinta kepada kita sedangkan ALLAH yang menumbuhkan cinta dalam hatinya...Kenapa tidak berdoa sahaja kepada ALLAH agar mengurniakan rasa cinta tersebut ???
P/S : Untuk memperolehi segala yg baik..sekut akan sentiasa memperbaiki diri ke arah kebaikan...kerana pengharapan itu hanya kepada ALLAH ♥♥♥

No comments:

Post a Comment