Thursday, January 31, 2013

Kasih Sayang kerana ALLAH

Setiap orang punyai ceritera yg trsendiri..Mgkin ada yg terjaga dri godaan,namun mgkin ada yg pernah melampaui batas & m'lakukan kesilapan..Namun seandainya,dia ingin berubah..Maka org lain harus m'beri sokongan..Bkn m'gasingkannya jauh2,kerna cara itu bkn shja mematahkn smgatnya,malah m'jadikannya lebih teruk dri sbelumnya..Jgn kerana 1 kesalahan,maka tertutup semua kebaikan.Mmg benar,marah itu tandanya syg,tp marah itu perlu berpada2..Tdk perlu mghukum kerana hukuman bkn ditgn kita yg juga hamba ALLAH & pintu taubat sntiasa terbuka utk semua hambanya yg ingin berubah..Jgn terlalu menunding jari atas kesalahan org lain,tkot nnt memakan diri sendiri. Harus diingat hati kita,ALLAH yg jaga & pegang,jadi bila2 msa shja DIA boleh bolak-balikkan hati kita..Bg yg ingin berubah,hargai peluang yg diberikan krana bkn mudh utk m'perolehi peluang kedua..Jdi jgn sia-siakannya..Sekut akui bahawa diri ini banyak khilafnya,masih byk yg perlu diperbaiki..Utk menjadi seorang yg baik,maka kita perlu menilai semua hal sekeliling kita dgn pandangan yg baik-baik..Jika kita mahu menjadi baik,maka baiki diri kita,baiki hati kita agar dalaman yg kita punyai sebaik apa yg kita cuba pamerkan pada luaran kita..Oleh itu sebelum mengharap ALLAH menilai kita dengan baik... didiklah diri menilai orang lain dengan baik terlebih dahulu. Yang penting bukan siapa yang kita lihat tetapi 'siapa kita' ketika melihatnya . Orang yang baik akan sentiasa dapat melihat kebaikan. Belajar utk memaafkan & memberi peluang,insyaALLAH indah dipengakhirannya.Melakukan kesilapan bukan satu kesilapan... tetapi mengulangi kesilapan yang sama itulah kesilapan sebenar. Allah pun memaafkan kesilapan insan, mengapa kita tidak sudi memaafkan? Allah pun cinta kepada orang yang membetulkan kesilapannya, mengapa kita terus membencinya? Maafkan dirimu, dengan memberi peluang untuk diri sendiri membetulkan kesilapan. Maafkan orang lain, dengan menerima hakikat, kesilapan adalah fitrah seorang insan.Itulah adat hidup,jika xkena pd tmptnya maka patut ditegur,jika brslh harus meminta maaf,brkasih syg kerana ALLAH & sntiasa mendoakan hal yg baik utk sesama sendiri insyaALLAH..semuanya akan baik & dirahmatiNYA. ~ (^_^)

Kenangan

Kenangan..adalah sesuatu yg pernah tercoret dlm lakaran hidup kita..ada yg terlakar dgn penuh kemanisan & ada yg terukir dgn kepahitan...namun percayalah,kenangan itu yg menjadikan kita belajar tentang kehidupan..Jika ianya xberlaku,mana mungkin kita belajar untuk mengorak ke hadapan..Namun jangan biarkan kenangan menghalang kita mengecapi kebahagian di masa hadapan..kerna walau diingat,kenangan tetap kenangan dan tidak akan bertukar menjadi impian....Letakkan segala pengharapan itu padaNYA,insyaALLAH kita xkan pernah dipersiakan olehNYA...

Monday, September 17, 2012

~ Hati ini ~

kdg2 kita akan diuji..diuji ttg soal hati..sehinggakan sekut prnah diuji dgn hal yg sma...hinggakan terdetik di benak fikiran..'sy tkot dgn apa yg sy rsa skrg..sy tkot hati sy xkuat...tkot hati sy trsentuh pd tmpt yg slh..awk mmg baik..sy tkot sy trsukakn awk..sy memang penakut...jdi pe yg sy bleh bt,jauhkn hati & pe yg sy rsa skrg..sy doakn awk akn dpt kebahagiaan awk..sy mgkin dh mulai sukakn awk,tp sy akan jauhkn dri dr awk sbb sy harus letakkn ma & abah sbgai yg utama..jika tkdir trtulis awk utk sy,kita akn brsama..utk itu,kwjipan sy skrg adlh utk cintai ALLAH & abah,ma...sy akan sembunyikan & luahkan apa yg sy rsa ini hnya pdaNYA...smga DIA akn jga hati sy & serahknya pd hak sebenarnya..krna DIA mgetahui sgala yg trbaik utk sy'... Alhamdulillah,kerana wlpn hati ini ibarat tisu,namun bentengnya masih keras seperti batu..ALLAH masih memelihara diri ini,cinta ini agar terus terpelihara utk yg halal agar tidak sewenang-wenangnya diserahkan kpda mana-mana yg bkn muhrim..Mmg benar hati wanita mudah tersapa namun apa-apa pun,kuatkn tekad dihati & mmg bukan senang utk kuatkn hati..tp kita ada ALLAH,hnya pdNYA kita serahkn sgala2nya..utamakan cinta yg utama,belajar dan cuba memperbaiki diri agar mengejar cinta pertama kita,ALLAH SWT..kerna DIA mencintai kita dgn limpahan kasih sayangNYA,namun kenapa kita mengabaikan dan lalai utk menggapai cintaNYA terlebih dahulu..Cintai DIA,bila kita sudah menggapai CINTANYA,maka DIA akan permudahkan jln utk kita..dgn mempertemukan kita dgn org yg turut mencintaiNYA..Letakkn sgala pengharapan itu hanya padaNYA..insyaALLAH,indah pengakhirannya..amin (^_^)

~ aku serahkan segala pengharapan itu pdNYA~

Setelah sekian lama menyepi..ary ni kecelaruan yg sekut rasakan..terlalu bergelora,akhirnya tangan ini ingin mencoret..luahkan sgala yg terbuku sekian lama... mcm dugaan & masalah yg dialami sejak kebelakangan ini..Alhamdulillah,ALLAH bagi kekuatan utk telinga ini mendengar segala kata sindiran & sinis yg asyik saje nk jatuhkan sekut..kekuatan utk mulut ini membisu & trsenyum apabila ada insan yang asyik mencari kesalahan & kekurangan sekut...abaikan saje ttg insan2 sedemikian..utk apa kita melayan kerenah yg tiada berasas..bazir masa saje..hehe.. (^_^) Bila umur hampir masuk 24 tahun ni,isu jodoh memg kuat & femes sgt diperkatakan.. jumpa je mana2 mak cik,msti duk tanya,'ang dah da teman ??, ado gewe doh ?? huhu... rasa pelik jugop,rsa umur 24 tu muda agew kot...tp knapa isu itu yg slalu diperkatakan..heran2,nsb baik abah & ma bukan jnis begitu..hehe...yg sekut ingt,abah pernah bertnya satu ketika,'angoh ado gewe dop ?? kalu ado,bawok mai umah..abah xse anak abah gewe n xtau sapo2,klu benar dia suko ko angoh,suh dia mari umah & jmpa abah..klu nak dating2,dating dumah ni jah,dpn abah & ma'...wah,abah bg greenlight tu..sush utk dgar abah oyak gitu tuh..sbb abah xprnah ag oyak hal yg sma pda adik2 bradik yg lain..smpai along pun kater'untung angoh,sbb abah siap oyak gitu..ngn along,abah xprnah pun oyak gitu'..tapi sygnya,bila abah bg keizinan sedemikian,angoh hnya mampu snyum saje..sbb angoh xde gewe @ teman istimewa gitu...ma prnah kater,xpe klu nk kenal2,tapi kita org pmpuan,kna jga maruah kita...jgn lebih2 dlm hal2 brcinta ni..tapi entahla,sekut xda agew peluang mcm tu..dri dlu ag,duk tgok kwn2 kapel & dating..pahtu bila msuk 20 an ni,tgok kwn2 khwin & da anak plop..mcm seronok je kan..haha,tgk ngn pndgan mata,mmg smua nmpk indah,pndgn hati belum tentu ag kan..bila org2 sekeliling sibuk bertanya,xkurang juga ada yg terlalu baik hati..nk tlg crikan ,nk tlg kenalkan..ntahla,myb simpati kot..yelah,nmpk mcm xlaku je...sekut akn cb tolak pelawaan itu sebaik mgkin..bukan nk jual mahal,atau berlagak..tapi mgkin seru itu blum dtg kerna mgkin diri ini blum brsedia..klu boleh,nk kenal dgn org yg kita akn khwin..xnk stakat knal2 & kwn je..mcm xbrapa ssuaikan..skrg ni jwpn plg ssuai & sering diulang2 serta diyakini selamat adlh 'sy bkn memilih,jauh skali jual mahal..sy serahkn pd ALLAH agar kurniakn sy seorg insan yg mampu syg ma,abah & adik brdik sma mcm sy syg,jdi bru sy boleh syg kluarga dia mcm tu'...pahtu org len akn trdiam & plg x pun,akan kater,smga ije jmpa insan sedemikian..hehe..trdiam,trkaku & trbisu nampaknya...tkpelah,umur muda ag ni..agewpon xde laa sedih sgt hidup membujang ni..myb nmpk sunyi & sorg2,tp byk bnda & tgjwb lain lagi yg hrus dipikul....sgalanya sekut serahkn pd ALLAH,dri ini msih lemah dlm mencintaiNYA..jdi byk lagi yg harus diusahakan utk dptkn cintaNYA..smga bila sekut mencintaiNYA..maka DIA akan hdirkn insan yg turut mencintaiNYA..Utamakan yg utama terlebih dahulu,semoga dgn itu barakahNYA akan diperolehi..amin,insyaALLAH (^_^)

Saturday, July 14, 2012

Siapa kata sendiri itu tidak bahagia? Tidak menggembirakan? Zahirnya, orang mungkin nampak seseorang yang bersendirian itu menyedihkan kerana kekosongan tanpa ditemani. Namun, pada hakikatnya mereka yang bersendiri itu lebih bahagia sebenarnya. Bila sendiri, kita mempunyai banyak ruang untuk muhasabah diri. Biarpun sendiri, kita tetap takkan berada dalam relung kesunyian. Kerana dengan bersendiri, kita mampu merasai kehadiranNya di sisi kita. SubhanaAllah! Mampu untuk merasa redup kasihNya yang lagi menenangkan. Sendiri, mengajar kita untuk memperbaiki diri sendiri tanpa gangguan dan halangan daripada mereka-mereka. Sendiri itu terapi. Terapi untuk menguatkan iman. Terapi untuk perbaiki hubungan dengan Sang Pencipta. Terapi untuk memperbaiki habluminnanas (hubungan sesama manusia). Terapi untuk membetulkan setiap yang sumbang. Kerana, dengan bersendiri, seseorang mampu untuk berfikir dengan rasional tentang segala hal duniawi mahupun ukhrawi. Mampu membuatkan seseorang mencari kembali dirinya yang telah hilang. Mampu menilai antara kaca dan permata. Mampu membezakan antara hitam dan putih. Sendiri itu juga terapi untuk menghapuskan parut-parut dosa yang dilakukan. Apa gunanya berteman seandainya diulit dengan cengkaman dosa? Tentulah hati takkan tenang apabila dosa-dosa tersebut menghantui. Astargfirullahalazim... Sesungguhnya, sendiri itu terapi yang indah. Terlalu indah bagi mereka yang benar-benar memahami istilah sendiri. Allah SWT ciptakan sendiri itu untuk mengembalikan semula hambaNya yang 'hilang'. Dia biarkan kamu yakni insan yang terpilih untuk bersendiri hanya semata-mata inginkan kamu kembali ke jalanNya. Bukan untuk menghukum kamu. Sebaliknya, untuk menyatakan kasih sayangNya kepada hamba-hambaNya. Jadi, janganlah bersedih apabila sendiri. Bersangka baiklah dengan Allah. Allah SWT berfirman: "Aku akan bersama (mengikut) sangkaan hamba-hambaKu. Maka hendaklah kamu bersangka dengan apa yang kamu inginkan" (Hadis Qudsi Riwayat At-Thabrani) Percayalah, setiap keadaan atau peristiwa itu mempunyai hikmah yang kadangkala dapat kita fikir sendiri (namun kadangkala hikmah itu tidak dapat difikir oleh kita manusia biasa). Ingat, Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kita. "...boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." (Surah al-Baqarah, ayat 216) Biarlah kita buruk dan hina pada pandangan manusia, namun cantik dan suci pada pandangan Allah SWT :) Wallahualam...

Sunday, April 22, 2012

" dunia baru "

~ trlalu lama tidak mencoret..hari ni baru brkesempatan..tapi peluang utk menulis dgn pnjg lebar msih belum ada..yg sekut boleh kgsikan bersama-sama..dunia baru sekut di sk utan aji sememangnya yg terindah & trbaik..akan sentiasa dikenang...antara memori yg smpat di ambil brsama-sama anak murid yg trsyg...

Friday, December 30, 2011

~ Maafkan daku ~

Aku bukanlah manusia yang sempurna....
Mungkin pada zaman silam aku pernah melukakan hati, mencabut rasa tenang....
Mungkin kata-kataku sungguh menyakitkan hati...
mungkin tingkahlaku ini pernah ada salah silapnya..
tiada apa yang aku persembahkan melainkan huluran tangan memohon seribu kemaafan....
Maafkan aku bersama dengan doamu....
Aku menulis bukan untuk memberitahu diri ini baik.....
Aku menulis hanya untuk memberitahu diri ini supaya menjadi baik....
Bersama menginsafkan diri dalam mencari keredhaan Ilahi....(^_^)